Menerusi koleksi terbaru daripada Khoon Hooi yang dibertemakan Birds In The City, jenama ini membawakan rekaan terbaru untuk pakaian santai yang mana memberikan hasil imej yang tampak moden dan juga chic di dalam setiap sentuhan.

Ia dilihat hadir dengan mainan warna yang terang dan berani yang menjadikan koleksi pakaian ini tampil sempurna dalam pelbagai acara dan juga gaya yang ingin dibawa oleh si pemakai.


Untuk pengetahuan anda, koleksi mini Khoon Hooi ini membawakan beberapa pilihan gaya termasuk tunik Leighton yang memperlihatkan cetakan renda bintang 2D pada bahagian baju. Bukan itu sahaja, gaya lain yang ditampilkan adalah baju brokat Taylor yang direka khas dengan potongan lengan kembang yang sesuai dipadankan akan skirt midi Brooklyn. Kedua-dua baju dan skirt ini dihadirkan dalam beberapa pilihan warna yang menarik.

Tunik Leighton

Untuk rekaan Leighton, ia menampilkan lengan baju dan siluet yang santai. Dengan ukuran baju sehingga paras betis, sudah tentu rekaan ini sangat sesuai digayakan bersama skirt midi Brooklyn ataupun anda juga melapiskannya dengan dress ataupun jubah anda membuatkan penampilan harian anda kelihatan lebih bergaya. 


Baju Taylor

Sementara sentuhan pada baju Taylor pula, ia kelihatan seakan peplum yang mana ia diperbuat daripada kain brokat dan dilengkapi dengan lengan yang kembang dan tebal. Sebagai pelengkap gaya, anda boleh memakainya bersama tali pinggang dan kemudian padankan bersama skirt Brooklyn atau sepasang seluar jeans untuk imej yang lebih ranggi.


Skirt Midi Brooklyn

Skirt midi ini terdapat dalam pelbagai kombinasi warna. Antara warna yang ditampilkan termasuk merah dan merah jambu ataupun bagi yang menggemari warna yang lebih sejuk, anda boleh mencuba skirt dengan kombinasi warna biru cair dan biru gelap. 

Untuk sebarang pembelian dan maklumat lanjut mengenai koleksi mini Bird In the City, anda boleh layari laman rasmi Khoon Hooi.