Tidak dinafikan, musim durian untuk sewaktu kawalan pergerakan ini boleh dikatakan agak berbeza berbanding tahun sebelumnya. Jika dahulu, sewaktu pulang ke kampung, pastinya anda akan ke dusun durian untuk mencari dan mengutip durian yang telah gugur untuk dibawa pulang. Ataupun di situasi lain, jika ke pekan, anda akan makan beramai-ramai durian di gerainya sambil melihat kereta lalu lalang.
Seperti yang anda tahu, musim durian telah bermula sejak awal Julai lagi. Walaupun pergerakan pembelian telah dihadkan, namun anda jangan risau kerana Tajria akan berkongsi kepada anda beberapa lokasi jualan di Selangor yang boleh anda dapatkan.
Menariknya, kesemua lokasi ini menawarkan pelbagai jenis durian dengan harga yang berpatutan.
Say Heng Durian Stall, Subang Jaya
Ia merupakan lokasi durian yang telahpun beroperasi selama 20 tahun. Khusus untuk peminat durian yang ingin mencuba pelbagai jenis durian termasuk XO, Udang Merah, Tekka, Golden Phoenix dan lain-lain, anda boleh mengunjungi Say Heng Durian Stall di Subang Jaya.
Bukan itu sahaja, ia turut menawarkan servis penghantaran ke sekitar kawasan Lembah Klang. Apa yang perlu anda lakukan adalah membuat pesanan sekurang-kurangnya sebelum jam 3 petang dan penghantaran durian anda akan dilakukan pada hari yang sama. J
Untuk membuat tempahan:
- Layari: Say Heng Durian
- Hubungi: +6012-9992333

Durian Bear, Petaling Jaya
Seterusnya, sebuah lagi kedai durian yang menawarkan pelbagai jenis durian dengan perkhidmatan pelanggan yang amat memuaskan iaitu Durian Bear.
Selain menawarkan durian segar atau durian biji, ia juga menjual produk lain berasaskan durian seperti krepe durian, kek durian, cendol durian dan tempoyak.
Bagi yang berminat, Durian Bear mempunyai perkhidmatan penghantaran ke kawasan Lembah Klang.
Untuk membuat tempahan:
- Layari: Durian Bear
- Hubungi: +6016-8947992

Ezy Durian, Batu Caves
Jika anda berada di utara Selangor, Ezy Durian adalah pilihan yang terbaik untuk anda mendapatkan durian.
Ezy Durian menjual pelbagai rangkaian durian termasuk jenis durian yang masih belum tiba musimnya seperti Durian Lipan Merah, Durian Balik Pulau, Durian D144 dan banyak lagi.
Seperti biasa, Ezy Durian juga mengambil pesanan tempahan secara atas-talian yang mana akan dihantar selepas dua jam penempahan dibuat. Kawasan penghantaran termasuk seluruh kawasan Lembah Klang.
Jika durian yang diterima sudah rosak, Ezy Durian menawarkan polisi pembayaran balik. Menarik bukan?
Untuk membuat tempahan:
- Layari: Ezy Durian
- Hubungi: +6011-2081 9711

Berkeley Durian, Klang
Antara kedai durian yang telah lama beroperasi dalam industri jualan selama lebih dari 50 tahun, Berkeley Durian menawarkan pelbagai jenis durian untuk warga Klang.
Jenis durian yang dijual termasuk Udang Merah, D24, Butter King, Black Thorn dan banyak lagi. Baru-baru ini, syarikat ini mula menjual lebih banyak jenis buah termasuk avokado, strawberi, buah naga dan juga produk lain seperti telur organik.
Jika anda memerlukan perkhidmatan penghantaran, kedai mereka juga boleh didapati di aplikasi Grab dan anda boleh menikmati promosi diskaun di situ. Anda juga boleh membuat pengambilan sendiri di kedai mereka yang terletak di Taman Berkeley, Klang yang dibuka setiap hari dari jam 8.30 am sehingga 10malam.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6016-6491511

Durianity, Puchong
Terletak di IOI Boulevard, Puchong, Durianity mempunyai restoran yang anda boleh nikmati bukan sahaja durian segar tetapi termasuk juga makanan lain berasaskan durian seperti Piza Durian, Nasi Goreng Bersama Musang King, dan juga Kopi Musang King.
Selain daripada menikmati makanan mereka di restoran, anda boleh membuat tempahan menu yang diinginkan melalui aplikasi GrabFood. Anda boleh membuat pesanan anda berdasarkan menu mereka yang serba lengkap di aplikasi tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +6012-5228611

Durian Man, Petaling Jaya
Durian Man dahulu adalah sebuah gerai yang kecil sejak tahun 1998 dan kini ia telah membesar menjadi lokasi yang terkenal dalam kalangan peminat durian di Lembah Klang.
Jika pada tahun sebelum pandemik, anda boleh menikmati durian yang segar dari ladang secara hidang atau jamuan buffet. Durian Man juga giat menjalankan promosi di laman Facebook mereka melalui sesi siaran langsung untuk mengumumkan harga runtuh buat bagi produk durian seperti dari jenis Musang King.
Untuk membuat tempahan:
- Layari: Durian Man
- Hubungi: +6012-2345619

Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkan durian kegemaran anda di lokasi yang berdekatan sama ada melalui pengambilan sendiri ataupun menggunakan servis penghantaran ke rumah. Untuk informasi lanjut, layari laman rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Malah selain di 6 kedai ini, anda juga boleh mendapatkan pelbagai jenis durian melalui tempahan di platform Shopee yang mana anda hanya perlu klik Durian e-Fiesta.
