Kebanyakan bayi yang baru lahir cenderung mempunyai kulit yang sangat sensitif. Oleh itu, adalah penting untuk anda mengetahui keperluan dan panduan ketika memilih sabun pencuci baju yang sesuai untuk bayi.

American Academy of Pediatrics mengesyorkan agar menggunakan pencuci pakaian yang tidak mempunyai pewangi atau pewarna. Melaluinya, ia dapay mengurangkan risiko ekzema selain memastikan kebersihan pakaian disamping memberikan keselesaan pada bayi dan juga kanak-kanak.

Berikut adalah lima produk pencuci pakaian yang boleh anda gunakan sewaktu melakukan cucian:

K-Mom Naturefree Sensible Baby Laundry Detergent

Produk ini dilihat bebas daripada bahan kimia yang boleh membahayakan kulit yang sensitif. Menurut USDA, pencuci K-Mom Naturefree Sensible Baby Laundry Detergent hanya menggunakan bahan organik berkualiti tinggi selain hadir dengan bahan-bahan berasaskan tumbuhan seperti surfaktan minyak biji semula jadi.

Bagi yang berminat, pencuci ini sesuai untuk cucian tangan dan mesin basuh yang hanya memerlukan sebilangan kecil cecair sahaja sewaktu mencuci pakaian.


Pigeon Baby Laundry Detergent Powder

Bagi anda yang mempunyai andak yang aktif dan kuat berpeluh, sudah tentu anda memerlukan pencuci dengan prestasi yang lebih kuat.

Oleh itu, serbuk pencuci bayi Pigeon adalah pilihan yang bersesuaian dengan keperluan ini kerana ia diformulasikan khas dengan sifat anti-bakteria untuk memenuhi pakaian dan kulit bayi.

Selain untuk pakaian, ia juga boleh digunakan untuk cucian selimur, tuala dan cadar katil yang mana ia berkesan menghilangkan bukan sahaja kotoran degil malah juga bau yang tidak nyaman. 

Ia juga ditawarkan dalam bentuk cecair, bagi anda yang menggemari cucian yang lebih lembut.


Anakku Baby Laundry Detergent With Softener

Untuk pencuci dibawah jenama Anakku ini pula, ia hadir dengan formulasi berasaskan tumbuhan. Ia dihadirkan dengan bahan utama yang unik iaitu kacang sabun semula jadi ataupun soapnut.

Kacang sabun dikatakan bersifat antimikroba yang mana mereka tidak hanya membersihkan pakaian dan kain, tetapi juga berfungsi dengan efisien untuk membasmi bakteria berbahaya yang tertanam pada kain pakaian.


Chomel Baby Laundry Detergent

Ia bersifat hypoallergenic dan mudah dibiodegradasi dalam 28 hari. Jadinya, anda tidak perlu risau akan sisa kimia yang terkandung di dalam pencuci pakaian Chomel Baby Laundry.

Seperti kebanyakan pencuci yang lain, ia juga hadir dengan kemampuan dalam membersihkan kotoran makanan di samping tidak merengsakan kulit dan tidak menghilangkan warna pakaian. 

Pencuci ini juga turut hadir dengan pilihan pelembut pakaian yang menggunakan minyak sawit semula jadi yang dijamin tidak mendatangkan kemudaratan di dalam setiap penggunaan.


Fiffy Baby Laundry Detergent

Sabun pencuci Fiffy diformulasikan dengan teliti yang mana dilengkapi surfaktan nabati yang selamat untuk bayi. Ia juga menampilkan teknologi enzim yang boleh menghilangkan kotoran degil dari pakaian bayi di samping mengekalkan kelembutan pakaian

Malah, pencuci ini juga membawakan teknologi anti-redeposisi yang mampu menjauhkan kain bayi dari kotoran dan tanah selain bertindak sebagai agen anti-bakteria untuk setiap kali cucian dilakukan.


Jadi, anda boleh mencuba mana-mana pencuci pakaian khusus untuk bayi dan kanak-kanak yang mempunyai kulit yang sensitif. Di samping disediakan daripada bahan berasaskan tumbuhan, kesemua produk ini dikatakan tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kerengsaan.