Untuk pengetahuan anda, bersin adalah mekanisme yang digunakan badan untuk membersihkan hidung. Ia kebiasaannya akan berlaku jika terdapat benda asing seperti kotoran, debunga, asap atau debu memasuki lubang hidung, hidung sehingga boleh menyebabkan anda berasa tidak selesa dan gatal.
Disebabkan kehadiran anasir luar di dalam badan, otak akan bertindak balas dan menyuruh badan melakukan apa yang perlu dilakukan untuk membersihkan hidung. Daripada situlah, ia berlakunya bersin.
Apa itu bersin?
Bersin atau sternutasi adalah proses atau keadaan yang terkoordinasi antara beberapa bahagian tubuh iaitu bermula dari paru-paru dan otot hingga ke tulang dan sistem saraf.
Sensor bersin akan mula aktif apabila terdapat gangguan pada lapisan hidung yang mana ia akan mengusir kotoran melalui mulut atau hidung membantu di samping membersihkan rongga hidung dari apa sahaja yang menjengkelkannya.
Bukan itu sahaja, bersin juga adalah salah satu cara yang lain yang dilakukan oleh badan bagi melindungi paru-paru dari pencemaran, dan kaedah ini dilakukan dengan kelajuan dan kecekapan yang mengejutkan.
Fakta menarik mengenai bersin, tahukah anda bahawa kelajuan bersin boleh mencapai sehingga 160km/jam?
Beberapa kajian daripada saintis berjaya membuat anggaran kasar yang mana aktiviti bersin untuk seseorang individu boleh menghasilkan lebih dari 100,000 titisan yang mana ia bergerak pada kelajuan 100 hingga 160km/j.
Dengan kelajuan seperti itu, maka tidak hairanlah kuman dalam bersin dapat menempuh jarak yang cukup jauh dan boleh menjangkiti orang lain.
Mengapa individu akan bersin 3 kali dalam satu siri?
Apabila bersin berlaku, otot dada memampatkan paru-paru anda, yang menghantar udara ke atas. Kemudian, kerongkong akan tertutup rapat yang mana seterusnya akan menghantar udara melalui hidung pada kelajuan mencapai 160 km/j.
Walaupun bersin tunggal atau sekali bersin telah cukup untuk membersihkan hidung dan paru-paru dari sistem anda. Namun, berdasarkan laporan Live Science, setiap inidividu akan bersin tiga kali kerana badan akan cuba untuk mengeluarkan perengsa yang lebih dalam.
Bersin pertama adalah bertujuan untuk memecah perengsa, sementara yang kedua membawanya ke hidung, dan yang ketiga adalah fasa untuk melepaskannya.
Akhir sekali, harus diingatkan bahawa jika anda menahan bersin, ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seperti bengkak leher ataupun kesan yang lebih teruk iaitu tekak, gegendang telinga atau saluran darah dalam otak pecah.
Sumber: Lung KKM Wonderpolis