Oksimeter adalah alat kecil dan ringan yang digunakan untuk memantau jumlah oksigen mengalir di dalam badan. Sebelum ini, alat ini digunakan oleh kebanyakan individu yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau penyakit paru-paru lain.

Kebiasaannya, alat ini akan diletakkan atau dipakai dihujung jari. Namun, untuk kebanyakan peranti moden seperti jam tangan pintar ataupun alat penjejak kesihatan telahpun hadir dengan fungsi yang sama dengan alat oksimeter yang biasa.


Bagaimana Oksimeter Beroperasi?

Alat tidak invasif ini tidak akan menyebabkan kesakitan pada permukaan luar dan dalm kulit. Ia beropersi dengan menghantar cahaya panjang dua gelombang melalui jari untuk mengukur kadar nadi anda dan berapa banyak oksigen dalam sistem tubuh anda.

Setelah oksimeter selesai melakukan penilaiannya, skrinnya akan memaparkan peratusan oksigen dalam darah yang datang dari jantung anda serta kadar nadi semasa anda. Ada juga keadaan yang mana, oksimeter akan menunjukkan seberapa baik tisu badan diserap atau dibekalkan pada darah untuk oksigen.

Oleh sebab itu, kebanyakan individu pada tempoh pandemik ini banyak melabur kepada alat kesihatan sepeti oksimeter ini. Ia berfungsi dengan baik dalam membantu mengesan atau memantau masalah pernafasan yang berkaitan dengan radang paru-paru COVID-19.


Ketahui Jenis Oksimeter

Terdapat tiga jenis oksimeter yang boleh anda dapatkan di farmasi iaitu:

  • Oksimeter yang menghitung denyut hujung jari
  • Oksimeter genggam
  • Oksimeter denyut janin

Kebiasaannya, untuk kegunaan rumah, oksimeter denyut hujung jari (pulse oximeter) adalah yang paling sesuai. Sementara untuk dua oksimeter yang lain digunakan terutamanya di hospital dan klinik disebabkan harga dan fungsinya yang lebih tinggi.

Bagaimana Untuk Membaca Oksimeter?

Terdapat dua bacaan yang akan tertera pada skrin alat oksimeter anda. Nilai yang pertama merujuk kepada kelajuan jantung anda berdegup. Sebagai contoh; 86 PR Bpm. Ia bermaksud jantung anda berdetak 60 kali seminit.


Manakala bacaan kedua pula adalah kadar oksigen dalam darah. Angka 94 pada skrin membawa maksud jumlah oksigen yang dibawa oleh darah dalam badan anda. Kebiasaannya, jika kadar oksigen anda melebih dari 92% selain anda mendapati tiada gangguan dalam pernafasan maka ia paru-paru anda berada di dalam ke adaan normal.

Sewaktu anda membuat pemeriksaan ini, pastikan anda membersih dan mencuci tangan sebelum mula mengepit jari anda pada oksimeter. Bukan itu sahaja, pastikan anda tidak memakai pengilat dan pewarna kuku kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada bacaan anda.

Hal ini kerana, sensitiviti peranti mungkin berubah disebabkan faktor seperti pergerakan, suhu atau keadaan kuku anda.

Sumber: Health Healthline