Baru-baru ini, nasi kubis bunga atau cauliflower rice telah menjadi pengganti beras putih yang popular. Hal ini kerana, sajian ini mengandungi kandungan vitamin, mineral dan antioksidan yang mampu memberikan manfaat yang besar untuk tubuh. Malah, ia juga hadir dengan nutrien folat yang diperlukan untuk pertumbuhan sel yang sihat.

Di sebalik kebaikan nasi kubis bunga ini, adakah ia alternatif yang sihat atau hanya pengganti biasa yang mungkin memberi kemudaratan selepas pengambilan yang terlalu kerap dalam diet harian?


Mengapa Wujudnya Nasi Kubis Bunga?

Salah satu sebab penggunaan kubis bunga sebagai alternatif kepada nasi adalah ia mempunyai kandungan kalori dan karbohidrat yang rendah. Bahkan, ia juga dapat memberikan sejumlah manfaat seperti:

  • Memastikan penurunan berat badan yang ideal
  • Melindungi dan memerangi keradangan
  • Mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti kanser

Seperti yang dinyatakan pada awal artikel, kubis bunga mengandungi agen antioksidan seperti vitamin A dan vitamin C. Dengan kehadiran antioksidan ini, ia mampu mengeluarkan zarah radikal bebas dari badan anda.

Radikal bebas adalah molekul oksigen yang bebas di dalam badan sehingga boleh merosakkan sel tubuh sehingga boleh mendorong kepada kanser. Oleh itu, dengan menghilangkan radikal bebas, antioksidan dapat membantu menurunkan risiko individu daripada mendapat kanser.

Kubis bunga Sebagai Pengganti Nasi Putih Menerusi Diet Keto

Menurut ahli diet klinikal UNC Health Care, satu cawan beras putih mengandungi kira-kira 45g karbohidrat, sementara satu cawan beras kubis bunga hanya mempunyai 2g karbohidrat.

Oleh sebab individu yang mengambal diet keto ingin mengurangkan pengambilan kalori dari karbohidrat, maka nasi kubis bunga adalah pilhan  yang tepat untuk mereka. Di samping mengurangkan kuantiti karbohidrat dalam badan, individu masih lagi boleh menyuburkan badan anda dengan serat dan vitamin penting.

Tambahan lagi, nasi kubis bunga sangat sesuai dipadankan dengan hidangan lauk dalam kalangan masyarakat Asia. Oleh sebab itu juga, pilihan ini menjadi antara pengganti yang digemari ramai untuk bijirin berkanji seperti beras, pasta, quinoa dan couscous.


Kesan Jangka Panjang Amalan Penerapan Nasi Kubis Bunga Dalam Diet Harian

Berdasarkan laporan CDC, kubis bunga mempunyai kemampuan yang baik dalam memerangi kanser dan antara sayur-sayuran dengan kebaikan yang pelbagai.

Namun, ia mungkin boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan seperti sakit perut. Hal ini kerana setiap individu mempunyai kadar yang berbeza. Pengambilan kubis bunga yang terlalu banyak boleh menyebabkan gangguan gastrik.

Ia biasanya melibatkan gangguan pencernaan yang berkaitan dengan gejala sembelit yang berlarutan, kembung, refluks, mual, muntah, cirit-birit, sakit perut dan kekejangan. Gejala gastrointestinal (GI) ini boleh disebabkan oleh jangkitan, daya toleransi makanan, alergi makanan atau penyakit autoimun.

Oleh itu, pastikan anda minum air secukupnya untuk melancarkan alirannya ke sistem anda.

Cara Penyediaan Nasi Kubis Bunga

Untuk menyediakan nasi kubis bunga dalam diet harian anda:

  • Ambil kubis bunga di dalam sebuah mangkuk dan potongnya menjadi potongan yang lebih kecil. Ia bagi memudahkan untuk menghancurkannya kelak.
  • Kemudian, alih potongan kubis bunga ke atas tisu dapur dan perahnya sehingga jus keluar bagi menjadikan teksturnya lebih kering.
  • Apabila ingin memasaknya, anda boleh menumis kubis bunga bersama bawang putih dan halia hingga wangi dan juga sedikit minyak.
  • Penyediaan nasi kubis bunga ini bergantung kepada citarasa anda sama ada ingin sedikit halus dan lembut atau sedikat kasar dan keras.