Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) telah lama menjadi salah satu masalah kesihatan negara yang serius. Ia banyak berlaku disebabkan oleh diabetes atau tekanan darah tinggi. Terdapat lebih daripada 40,000 pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan kini menjalani rawatan dialisis di seluruh negara.

Setakat ini, jumlah pemindahan buah pinggang untuk membantu pesakit CKD masih lagi rendah, walaupun ia merupakan antara pilihan rawatan yang terbaik untuk memberikan kesembuhan kepada pesakit CKD.


The Community Organ Donation Drive (CODE)

CODE merupakan sebuah program anjuran Yayasan Buah Pinggang Malaysia (NKF). Pengenalah program ini bertujuan untuk menggalakan pemindahan buah pinggang dalam kalangan individu sekaligus membantu pesakit, ahli keluarga mereka dan masyarakat umum untuk memahami konsep pemindahan dan pendermaan organ.

Salah satu individu yang menjadi penderma buah pinggang kepada pesakit CKD adalah Gordon Ling.

Di bawah adalah penceritaan tentang pengalaman dan perjalanan menarik yang dikongsikan oleh Gordon Ling menerusi artikel yang dikongsikan kepada Tajria.

Untuk pengetahuan anda, Gordon Ling merupakan seorang pengasuh dan penderma buah pinggang. Beliau menerima berita yang memilukan mengenai diagnosis isterinya yang mengalami CKD ketika hamil. Selepas itu, keputusannya telah mengubah hidup dan perjalanan keluarga mereka selepas mendaftar menjadi penderma buah pinggang untuk isterinya.


Pengalaman Seorang Suami Menjadi Penderma Buah Pinggang

Pada ketika itu, Gordon berusia 34 tahun telah memutuskan untuk memberikan hadiah kepada isterinya iaitu perlaksanaan pemindahan buah pinggang. Ia semestinya sebuah pergorbanan yang tidak ternilai dan akan dihargai seumur hidup.

Tidak ada keraguan dalam keputusan yang dibuat. Namun, di sebalik keputusan ini, pastinya akan mendapat tentangan dan mencetuskan kebimbangan dari keluarga dan rakan-rakan.

Menurut Gordon, tentangan terbesar datang dari isterinya sendiri  yang sebenarnya bimbang akan pengorbanan dalam memberikan sebahagian daripada dirinya kepada beliau. Hal ini kerana, seluruh hidupnya akan berubah setelah transplantasi.

Setiap keluarga mempunyai situasi dan masalah mereka sendiri untuk difikirkan dan sebagai penderma, saya tidak akan menasihati penderma lain yang berpotensi untuk segera membuat keputusan ini. Walau bagaimanapun, jika satu-satunya kebimbangan anda adalah mengenai kesihatan anda selepas transplantasi, maka tidak ada yang perlu dibimbangkan. Banyak ujian yang perlu anda lakukan sebelum mendapatkan lampu hijau dari doktor anda akan menjadi petunjuk yang baik sekiranya anda dapat hidup dengan satu buah pinggang.” – Gordon Ling

Bagi isteri Gordon, salah satu saat yang mengubah hidupnya adalah apabila dia akhirnya dapat berenang bersama anak perempuannya untuk pertama kalinya setelah menerima transplantasi.

Setelah didiagnosis mengalami kegagalan buah pinggang lima tahun yang lalu menjelang akhir trimester pertama kehamilannya dengan anak perempuan mereka, terdapat banyak perkara yang tidak dapat dilakukannya dan salah satunya ialah berenang.


Bersama-sama, Gordon dan isterinya melalui banyak perjalanan dan keluar dari perjalanan ini dengan lebih kuat sebagai pasangan. Sejak awal diagnosis, Gordon dan isterinya harus menghadapi kehamilan berisiko tinggi dan hanya dapat fokus untuk memastikan kehamilan dan kelahiran bayi mereka selamat.

Menjelang akhir November 2019, pembedahan transplantasi akhirnya dapat dilaksanakan setelah pasangan menjalani banyak ujian dari kepala hingga ke kaki.

Pemulihan dan pemerhatian yang dilakukan ke atas Gordon selepas transplantasi mengambil masa hampir seminggu. Ia tidak menunjukkan sebarang komplikasi kecuali luka kecil dan sedikit membengkak pada tempat bukaan.

Tidak dinafikan, transplantasi bukanlah penawar untuk masalah kegagalan buah pinggang. Namun, ia adalah alternatif yang lebih baik bagi memberikan pesakit CKD kualiti hidup dan dapat menikmati gaya hidup yang bebas dari kebergantungan terhadap rawatan dialisis.

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh layari laman web NKF atau hubungi 03-7954 9048.