Tahukah anda terdapat penawaran insurans untuk haiwan peliharaan yang boleh anda dapatkan melalui platform atas-talian?

Antara yang menawarkan insurans ini termasuklah Oyen.my. Mereka merupakan penyedia insurans kesihatan digital untuk kucing dan anjing peliharaan di Malaysia.

Bukan itu sahaja, Oyen.my juga adalah perantara berlesen yang berdaftar dengan Persatuan Insurans Am Malaysia dan ejen sah MSIG Insurance (Malaysia) Bhd.


Apa yang dimaksudkan insurans kesihatan untuk haiwan peliharaan?

Insuran kesihatan adalah polisi penjagaan kesihatan untuk haiwan kesayangan anda yang dikatakan akan membayar kepada anda untuk perbelanjaan perubatan tertentu.

Sekiranya berlaku kemalangan atau penyakit yang mengejutkan ke atas kucing mahupun anjing peliharaan anda, ia dapat melindungi kewangan dan menanggung kos sekiranya telah berdaftar di bawah insurans tersebut.

Antara polisi yang ditawarkan oleh Oyen.my untuk kucing adalah:

  • Kos pembedahan
  • Diagnosis darah
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Xray
  • Rawatan bermalam klinik

Untuk pengetahuan anda, Oyen Cat Insurance menerima semua baka kucing atau kucing. Setelah berdaftar, anda boleh menikmati perlindungan perubatan sehingga RM8,000 setiap tahun dengan bayaran langganan RM499 setahun.


Bagaimana Untuk Mendapatkan Perlindungan Untuk Kucing Anda?

Jika anda sudah mendaftar di Oyen.my, terdapat tiga langkah utama yang perlu anda lakukan. Ia adalah:

Tempah Janji Temu

Sekiranya kucing anda memerlukan rawatan perubatan, lawati mana-mana klinik veterinar di Malaysia yang dilindungi oleh Oyen Pet Insurance.

Dapatkan Resit Vet Lengkap

Selepas menerima rawatan, pastikan anda mendapatkan resit pembayaran mengenai rawaran yang diterima kucing anda secara terperinci dari doktor haiwan anda.

Butiran yang perlu disertakan adalah termasuk nama haiwan peliharaan, nama pemilik haiwan peliharaan, tarikh rawatan dan untuk anjing, anda perlu mendapatkan ID mikrocip anjing peliharaan anda.

Muat naik dan hantar

Log masuk ke panel pengguna Oyen anda, dan klik pada Tab “Tuntutan”. Kemudian, anda perlu mengisi semua maklumat yang diminta dan muat naik gambar resit serta dokumen yang berkaitan.

Akhir sekali, klik “Hantar” dan anda akan menerima pemberitahuan emel untuk penyerahan tuntutan anda. Untuk setiap tuntutan, ia akan mengambil masa sekitar 3 hingga 5 hari bekerja bagi mengetahui sama ada ia diluluskan atau sebaliknya.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Oyen Cat Insurance dan mengetahui apakah tawaran perlindungan yang akan diberikan dibawah langganan ini.