Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Senior Living Organization, fon telinga cenderung hadir dengan penumpukan kotoran dan bakteria yang banyak berbanding peralatan dapur dan juga sinki.
Ia dikatakan mempunyai bakteria 2,708 kali lebih banyak daripada papan pemotong, 6 kali lebih banyak bakteria berbanding sinki dapur dan 330 kali lebih banyak bakteria daripada kaunter dapur.
Mengapa Fon Telinga Antara Peranti Elektronik Yang Sangat Kotor?
Apabila anda memakai fon telinga, anda pastinya akan menutup telinga dari pengudaraan semula jadi.
Oleh sebab itu, ia akan meningkatkan pengeluaran bakteria sebanyak 700% dalam masa 1 jam.
Lebih-lebih lagi dalam keadaan panas, lembap atau basah, biasanya bakteria dan kotoran lebih mudah tumbuh dan menjadikan telinga yang terdedah kepada jangkitan.
Menurut Pusat Hospital Whittier, fon telinga yang kotor boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk reaksi alergi, ruam atau bahkan jangkitan. Hal ini disebabkan oleh gegendang telinga tidak dapat menahan masuknya bakteria dalam kuantiti tersebut sehingga ia mula bertindak balas dan mengakibatkan rasa sakit atau kehilangan pendengaran dalam jangka masa panjang.
Kepentingan Membersihkan Fon Telinga Secara Berkala
Seperti yang anda lihat, binaan fon telinga biasanya adalah sangat padat yang mana ia akan hadir dengan saiz yang benar-benar menutupi lubang telinga anda. Disebabkan itu juga, fon telinga anda mungkin akan mengumpulkan banyak kotoran dan bakteria.
Selepas penggunaan yang pertama, ramai individu akan meletakkannya ke dalam pod pengecas dan tidak membersihkannya. Seterusnya, ia akan menyebabkan bakteria tersebut mula membiak dan pada saat anda memasukkannya kembali ke dalam telinga, anda akan memasukkan kotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan tadi.
Selain membawa kotoran dan bakteria, fon telinga juga dapat meningkatkan penumpukan tahi telinga. Penumpukan tahi telinga atau cerumen yang berlebihan sudah tentu akan akan mempengaruhi pendengaran dan boleh mendatangkan kemudaratan pada masa akan datang.
Bagaimana Cara Untuk Membersihkan Fon Telinga?
Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ikuti dalam melaksanakan pembersihan fon telinga secara berkala.
- Gunakan kain yang lembut dan kering tanpa serat untuk mengelap permukaan dan hujung fon telinga.
- Pastikan anda tidak menggunakan benda tajam atau bahan kasar untuk membersihkan fon telinga anda.
- Sekiranya perlu, anda boleh melembapkan kain dengan alkohol isopropil dan kemudian biarkannya sebentar untuk kering sebelum memasukkannya kembali ke dalam pod pengecas.
- Jika anda ingin melakukan pembersihan yang lebih mendalam pada bahagian hujung fon telinga, lap fon telinga tersebut pada posisi menghadap ke bawah untuk mengelakkan cecair masuk ke dalam lubang pembesar.
Sumber: Senior Living everythinglubbock CNET