Jika anda seorang penggemar selipar untuk fesyen harian, sudah tentu anda pernah melihat kehadiran selipar jenis strappy flip flop ini.
Salah satu faktor yang menjadikan flip flop sangat popular adalah disebabkan rekaan dan gayanya yang santai mereka. Malah, ia juga memberikan keselesaan maksima kepada si pemakai lebih-lebih lagi untuk penggunaan pada tempoh yang panjang.
Mesti anda tertanya-tanya, adakah flip flop ini masih relevan pada tahun 2021? Jawapannya, ya. Lebih-lebih lagi untuk urusan pejabat yang banyak dilakukan di rumah dan bukan secara bersemuka, maka pemilihan flip flop adalah yang paling bersesuaian untuk kebanyakan aktiviti di luar.

Baru-baru ini, jenama mewah Tory Burch telahpun mengembalikan selipar ikonik mereka iaitu siri Tony Burch’s Miller Sandal.
Untuk pengetahuan anda, siri Miller Sandal merupakan selipar Tory Burch yang paling dikenali di pasaran. Jenama ini telah mencipta banyak kombinasi warna, bahan dan juga corak bagi menjayakan pelancarannya.
Mengapa Tory Burch’s Miller Sandal Menjadi Kegemaran Ramai?
Ia adalah disebabkan reka bentuknya yang ringkas yang menampilkan logo Tory Burch “T” yang elegan selain dibuat dengan alas kaki lembut dan dilapisi tapak yang kukug dalam memastikan kaki anda selesa tidak kira apa jua keadaannya.
Titik kejayaan jenama ini bermula pada awal tahun 2005, Tory Burch diundang untuk tampil di The Oprah Winfrey Show. Jenama ini berjaya mendapatkan jualan yang melambung tinggi dalam satu malam hasil daripada pengenalan selipar $195 kepada umum.
Bukan itu sahaja, idea yang dibawa Tory Burch adalah untuk menjadikan fesyen kasual sebagai satu elemen yang penting dalam industri yang mana para pelanggannya dapat menyesuaikan diri dalam setiap gaya tanpa menghilangkan praktikaliti dalam sesuatu produk.
Menerusi pengamatan penulis sendiri, populariti Tory Burch ini turut berkait rapat dengan aura yang dibawa oleh Tory Burch sendiri dalam membangunkan jenamanya dan memperkasakan industri fesyen dengan membawa trend “kasual mewah” sebagai cara untuk fesyen yang akan datang menjadi lebih mudah diakses.
Malah, Tory Burch juga adalah antara jenama mewah yang berjaya masuk ke pasaran China yang mana ia membuka peluang untuk lebih ramai lagi pelanggan mengakses barangan mereka selain membawa jenama dari New York kepada dunia.

Tony Burch’s Miller Sandal ini pernah hadir dengan purata 10,000 penilaian di atas 4.5 bintang, yang mana jika dibandingkan dengan kasut flip flop yang hampir sama dari jenama lain seperti Birkenstock Arizona hanyalah hadir dengan sekitar 1,100 penilaian, manakala Sneaker Chuck Taylor Low Top Converse mempunyai sekitar 2,300 dan juga Adidas ‘Adilette Comfort Slide Sandal pula menampilkan sekitar kira-kira 6,300 sahaja.
Sumber: US Magazine