Carian
Rupa-Rupanya Warna Coklat Pada Roti Bakar Sebenarnya Adalah Akibat Dari Karamelisasi
August 4, 2021 Lina Rosli

Karamelisasi adalah salah satu proses penyediaan makanan yang popular dalam industri kulinari. Proses ini biasanya melibatkan protein seperti daging dan telur menjadi pekat dan legap. Sementara untuk sayuran pula, ia akan berubah warna dan menjadi lebih lembut.

Antara contoh biasa yang menggunakan kaedah karamelisasi adalah masakan yang melibatkan bawang, epal, pisang, daun bawang dan lobak yang mana anda akan perasan teksturnya, rasa dan warnanya menjadi berubah.

Bagaimana Karamelisasi Berlaku?

Ia adalah disebabkan karbohidrat dan gula yang terdapat dalam pati dan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mana bertukar menjadi coklat keemasan dan membentuk rasa baru apabila terdedah pada suhu tinggi.

Transformasi ini disebut karamelisasi dan proses inilah yang menyebabkan gula berubah menjadi karamel.

Untuk daging pula, ia akan menjadi lebih berjus dan berubah warna menjadi lebih gelap disebabkan oleh pirolisis. Berbanding sayur, pirolisis dalam daging menyebabkan reaksi berkaitan asid amino dalam protein dan bukannya karbohidrat.


Cara Masakan Yang Boleh Menjadikan Karamelisasi

Antara aktiviti memasak yang boleh digunakan untuk mendapatkan hasil karamelisasi termasuk:

Memasak Panas Dalam Keadaan Kering

Biasanya, kaedah ini sesuai untuk menyediakan karamel gula.

Bagi gula biasa, sukrosa akan berubah menjadi karamel apabila suhu mencapai sekitar 160 darjah Celsius. Sementara fruktosa yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, dan madu pula boleh bertuka menjadi karamel apada suhu mencapai 110 darjah Celsius.

Karamelisasi turut boleh berlaku sewaktu anda membakar roti. Oleh sebab itu anda akan mendapati roti bakar anda bertukar coklat. Warna coklat inilah yang dikatakan sebagai karamelisasi.


Menggoreng Di Dalam Minyak

Hasil gorengan jelas akan menghasilkan warna coklat keemasan. Menggunakan minyak semasa menggoreng akan mempercepat proses karamelisasi yang meningkatkan rasa, aroma dan penampilan makanan.

Bukan itu sahaja, karamelisasi turut digunakan untuk menghasilkan beberapa makanan lain seperti:

  • Sos karamel yang digunakan sama ada di dalam minuman dan juga masakan barat.
  • Susu manis dan snek gula-gula karamel.
  • Crème brûlée dan juga hidangan kastard yang di atasnya diletakkan gula karamel.

Setiap rasa yang hadir selepas karamelisasi ini dihasilkan dari penciptaan sebatian perisa sebagai produk sampingan dari proses pirolisasi. Apabila ia berlaku, sebatian ini dapat diasingkan dan kemudian ditambahkan ke makanan.

Komen