Bagi anda yang menggemari KitKat, maka jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal mencuba siri minuman terbaru daripada Daboba iaitu siri #CrunchyCrunch.

Siri Daboba Crunchy Crunch ini akan dilancarkan secara rasmi pada hari Jumaat 6 Ogos 2021.


Di dalam siri ini, anda boleh mendapatkan minuman iaitu Brown Sugar Milk Tea, Brown Sugar Matcha dan Brown Sugar Coco dengan tawaran toppings biskut KitKat di atas.

Bersama-sama dengan promosi ini, Daboba Malaysia menawarkan promosi hebat iaitu:

  • Dapatkan potongan RM3 untuk cawan kedua yang dipesan.
  • Kumpulkan 5 pemegang cawan dan tebus Pearl Milk Tea (M) secara percuma.

Malah untuk 100 pelanggan terawal, anda berpeluang untuk mendapatkan 1 cawan Daboba Crunchy Crunch secara percuma.

Untuk pengetahuan anda, menu ini ditawarkan di semua rangkaian kedai Daboba Malaysia berdekatan anda. Anda boleh menyemak senarai rangkaian berdekatan anda untuk mendapatkan menu baru dan lazat ini bermula hari ini!