Bagi penggemar kulit ayam goreng, pastinya anda berasa khuatir dan risau akan kesan pengambilan makanan ini kepada kesihatan. Hal ini kerana, secara umumnya, kulit ayam mengandungi kadar kalori, lemak dan juga kolestrol yang tinggi.

Namun, tahukah anda terdapat beberapa faktor yang perlu anda ambil kira dalam menentukan sama ada kandungan yang terkandung dalam kulit ayam adalah sihat atau sebaliknya?

Antara faktor yang penting termasuklah:

  • Saiz hidangan yang diambil
  • Kekerapan waktu pengambilan, sama ada kerap atau secara berkala
  • Bahan-bahan lain yang dicampurkan bersama kulit ayam

Jadi untuk mengulas lanjut mengenai faktor ini, Tajria turut berkongsi contoh dan senario yang boleh anda jadikan sebagai rujukan.

Ketahui Saiz Hidangan Untuk Kulit Ayam Goreng Yang Diambil

Tidak dinafikan, pengambilan kulit ayam yang berlebihan dilihat bermungkinan besar boleh menjejaskan kesihatan.

Namun, jika saiz hidangan yang diambil adalah pada kuantiti sederhana dan tempoh pengambilan yang tidak terlalu kerap, ia dilihat tidak memberikan impak yang besar kepada kandungan kalori dan lemak tepu dalam badan.

Mengapa sedemikian?

Berikut adalah contoh kadar berat saiz hidangan biasa bagi kulit ayam goreng. Pada skrin penimbang, ia menunjukkan angka sekitar 51.5g untuk kulit ayam dan juga kotak alas.


Jadi sebagai perbandingan, data dibawah pula adalah timbangan dan kiraan yang dilakukan menerusi laman Eat This Much. Ia menunjukkan purata pengambilan kulit ayam dalam hidangan harian, iaitu berat kulit untuk 1/2 ekor ayam adalah kira-kira 72g.

Berdasarkan data yang dinyatakan, ia menunjukkan yang mana kulit ayam mengandungi kandungan kalori sekitar 261.4 kalori dan 81.9% dari jumlah tersebut adalah terkandung pada lemak.

Walau bagaimanapun untuk setiap kulit ayam, ia mengandungi dua jenis lemak iaitu:

  • Lemak yang pertama adalah lemak tepu yang mana ia hadir dengan jumlah 6.7g. 
  • Untuk lemak kedua pula adalah lemak tak tepu, ia menunjukkan nilai 10g untuk monounsaturated dan 5g polyunsaturated.

Apa Itu Lemak Tepu Dan Lemak Tak Tepu?

Lemak tepu adalah jenis lemak yang kurang baik untuk kesihatan. Hal ini kerana, ia menjurus kepada peningkatan kolesterol “tidak baik” dalam darah. Antara contoh lemak tepu yang boleh didapati dalam makanan adalah mentega, keju, dan daging merah.

Sementara lemak tak tepu pula adalah jenis lemak yang sihat. Ia boleh didapati dalam kandungan minyak tumbuhan, kekacang dan ikan, terutamanya ikan berminyak seperti salmon dan tuna. Pengambilan lemak tak tepu dikatakan dapat meningkatkan profil kolesterol darah dan menurunkan trigliserida selain menurunkan risiko penyakit jantung.

Adakah Kulit Ayam Berbahaya Atau Tidak?

Menjawab kepada persoalan di atas, adakah pengambilan satu hidangan kulit ayam benar-benar bahaya untuk kesihatan?

Jawapannya tidak. Hal ini kerana, jumlah lemak tak tepu dalam kulit ayam adalah lebih tinggi berbanding lemak tepu. Ia menunjukkan yang mana lemak kulit ayam sebenarnya tidak begitu mendatangkan kemudaratan. Lebih-lebih lagi jika diambil sekali sekala dalam menu harian.

Bukan itu sahaja, laporan dari Harvard School of Public Health turut memperlihatkan bahawa memasak ayam dengan kulit di atasnya membantu menjaga kelembapan kulit ayam lembap dan menjadikan teksturnya lebih beraroma.

Cuma apa yang perlu diambil kira adalah pengambilan kuantiti garam dan juga bahan-bahan lain yang disediakan bersama-sama dengan kulit ayam goreng seperti keju, kentang dengan karbohidrat tinggi dan banyak lagi.

Perlukah Anda Risau Akan Pengambilan Kalori Harian?

Selagi anda memilih makanan yang mengandungi lemak sihat dan saiz hidangan makanan adalah pada kadar sederhana, ianya tidak menjadi masalah jika hidangan atau makanan anda mempunyai 30 peratus, 40 peratus, atau lebih banyak kalori dari lemak.

Dan sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, anda perlu mendapatkan makanan yang memberikan tenaga yang mencukupi. Hal ini kerana, jika anda kekurangan tenaga, ia akan memakan lebih sedikit kalori daripada yang anda belanjakan.

Sumber: Fat Secret Harvard Edu Insider Cleveland Clinic Org