Jika anda kerap terlewat untuk pesan menu sarapan di kedai, nampaknya kini anda tidak perlu risau lagi. Ini kerana ZUS Coffee kini hadir dengan menu sarapan yang boleh diakses sepanjang hari iaitu untuk makana pagi, makan tengahari dan juga malam.
Anda kini boleh mula mendapatkan dua menu terbaru daripada ZUS Coffee iaitu Nasi Lemak Muffin dan juga Cheesy Chicken Egg Muffin pada harga RM8.50 setiap satu.
Untuk menu Nasi Lemak Muffin, ia menampilkan patti ayam yang dipadankan sekali bersama ikan bilis, bawang yang dikaramelkan dan juga sambal. Sememangnya, ia kelihatan sama seakan nasi lemak biasa. Cuma yang membezakannya adalah ia menggunakan bun muffin dan bukannya nasi.
Sementara untuk Cheesy Chicken Egg Muffin pula, ia hadir dengan telur hancur yang digaul bersama sos mayonis dan juga dilengkapkan dengan patti ayam dan kepingan keju.

Bagi anda yang berminat, anda boleh mula membuat pesanan untuk kedua-dua menu ini bermula hari ini dan lengkapkannya bersama secawan kopi ZUS Coffee. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang terawal mencubanya!