Untuk acara Samsung Galaxy Unpacked 2021 yang bakal berlangsung pada 11 Ogos kelak, Samsung dijangka akan memperlihatkan dua model telefon pintar baharu yang mungkin akan menarik minat anda.
Selari dengan perkembangan dan transformasi teknologi, nampaknya Samsung tidak ingin ketinggalan dalam melancarkan penawaran produk yang lebih fleksibel dan bergaya untuk kegunaan harian.

Seperti model-model telefon pintar yang pernah ditampilkan oleh Samsung sebelum ini, pastinya penampilan terbaru untuk model Samsung Galaxy Z Fold dan Galaxy Z Flip yang baharu kelak akan mencuri tumpuan ramai.
Ia bukan sahaja menyasarkan kepada golongan yang menginginkan sesuatu yang baru di dalam dunia teknologi, malah ia turut menampilkan inovasi rekaan yang lebih ‘trendy’ sesuai untuk pelbagai lapisan generasi.

Malah, siri Galaxy Fold 2021 juga dijangka hadir dengan ciri yang bersesuaian untuk anda yang gemar menggunakan peranti mudah alih sebagai peranti multitugasan. Ia termasuk kemudahan melakukan panggilan video yang dikatakan akan dioptimumkan dengan aplikasi Google Duo serta penawaran ciri mod Flex sewaktu penggunaan YouTube.
Jadi, untuk mengetahui apakah inovasi dan keunikan lain yang bakal ditampilkan Samsung pada tahun ini, sama-sama kita nantikan pengenalan peranti baharu sewaktu acara Galaxy Unpacked 2021 pada minggu hadapan.