Tuala adalah salah satu keperluan rumah yang paling kerap digunakan. Hal ini kerana, kain tersebut hadir dengan pelbagai saiz dan fungsi penyerapan yang berbeza yang sangat sesuai digunakan untuk mengelap objek yang basah.
Bercerita mengenai tuala juga, ia biasanya ditenun menggunakan beberapa jenis gelung atau timbunan benang. Malah, disebabkan tuala dicipta untuk mengelap banyak air dan lebih kerap dibasuh, makanya pengeluar akan elak daripada mencetak corak yang tidak kekal ke atasnya, sebaliknya akan menggunakan kaedah tenunan yang lain bagi memperlihatkan corak ke atasnya.
Proses Penghasilan Tuala – Panjang Benang Bersambung Mencapai 69,000 meter
Tahukah anda, satu tuala memerlukan sehingga 43 batu bersamaan 69,000 meter benang atau serat kapas yang dililitkan ke satu gulungan. Dan ianya didapati dalam pelbagai jenis benang sama ada tebal, nipis bahkan turut hadir dalam pelbagai warna berbeza.

Ketika langkah awal penyediaan, benang akan dililitkan dengan ketat pada peralatan seperti sisir yang disebut buluh. Ia akan memuatkan 600 meter benang yang dibentangkan di atas kekili ini.
Pada langkah seterusnya, lebih dari 2,000 meter benang tebal dan nipis yang dicampurkan akan digunakan pula sebelum ia mula dililinkan. Proses ini bagi menjadikan tuala lebih kuat dan lebih tahan air.
Selepas itu, barulah proses pencelupan kain dilakukan. Jika tuala ingin dikeluarkan pada warna tunggal, ia akan dicelup ketika proses pertengahan. Namun, jika ia ingin dilakukan berwarna-warni, maka proses celup ini akan dilakukan pada awal proses.
Sebilangan besar tuala tidak direka khas dengan corak yang kompleks. Namun, jika ada permintaan untuk sulaman, tuala tersebut akan dihantar ke kilang lain untuk disulam yang mana proses ini akan dikendalikan oleh komputer.

Perkembangan Industri Tuala Pada Tahun 2025
Bercerita mengenai pengeluaran tuala pula, Turki adalah salah satu negara pengeluar tektil terbesar dunia. Oleh sebab itu, sehingga ke hari ini, negara tersebut telah menjadi salah satu pengeluar tuala terpenting di pasaran global dari segi kualiti dan juga isi padu tuala.
Selain Turki, India turut menyumbang kepada pasaran tualan global. Berdasarkan laporan The Economist, Syarikat Welspun di Anjar adalah antara pengeluar tuala dunia yang mana turut membekalkan produk tuala untuk rangkaian IKEA, kedai serbaneka mewah John Lewis dan banyak jenama lagi.
Bergerak ke hadapan, industri tuala akan meningkat lebih tinggi disebabkan oleh kehadiran kesedaran mengenai kebersihan di negara-negara di seluruh dunia yang mungkin berkait rapat dengan gelombang pandemik yang dialami oleh semua negara.
Oleh sebab kebersihan dan sanitasi menjadi sangat penting untuk mencegah dan mengawal penyebaran banyak penyakit berbahaya, maka amalan penjagaan diri yang baik amat dititik beratkan oleh orang ramai. Antaranya termasuklah penukaran tuala mandi yang lebih kerap selain penggunaan tuala tangan yang lebih meluas.
Sumber: Hotexhome Britanicca