Carian
Dah Cuba Cadbury Pandan Kelapa? Tampil Dengan Inisiatif Mempromosi Penjual Kuih Menerusi #MyCadburyFlavours
August 9, 2021 Lina Rosli

Susulan sambutan hangat terhadap penawaran Cadbury Dairy Milk Kopi C dan Cadbury Dairy Milk Durian yang telah diperkenalkan pada tahun 2018 yang lalu, Cadburry kini kembali lagi dengan perisa #MyCadburyFlavours yang baharu iaitu Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa.

Untuk pengetahuan anda, perisa Pandan Kelapa yang baharu ini menggabungkan kehalusan coklat susu dengan pandan yang harum dan kelapa yang beraroma.


Pemilihan pandan dan juga kelapa adalah selari dengan identiti yang ingin ditampilkan kepada rakyat Malaysia yang mana kedua-dua bahan ini banyak disediakan dan digunakan di dalam kebanyakan kuih tempatan termasuk Seri Muka, Onde-Onde dan juga Ketayap.

Bukan itu sahaja, menurut Cadbury Malaysia juga penawaran perisa baharu ini turut diperkenalkan bersama-sama dengan inisiatif bagi menyokong penjaja-penjaja kuih tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menerusi tagar #MyCadburyFlavours, Cadbury memperkenalkan sebuah kempen dengan kerjasama rakyat Malaysia yang akan mempromosikan perniagaan para penjaja di platform digital serta menerusi iklan berbayar di dalam media sosial.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk menyertai inisiatif ini:

  1. Kongsikan gambar gerai kuih atau penjaja kuih kegemaran anda di laman sosial Instagram dengan menggunakan tagar #MYCadburyFlavours dan @Cadbury_MY
  2. Letakkan nama akaun dan juga lokasi gerai tersebut di dalam kapsyen perkongsian anda.
  3. Semak juga perkongsian Instagram yang lain melalui tagar #MyCadburyFlavours dan temui lokasi gerai menarik di sekitar kediaman anda.

Bagi anda yang ingin mencuba Cadbury Dairy Milk Pandan Kelapa, anda boleh mula mendapatkannya di kedai serbaneka seperi 99 Speedmart, 7 Eleven, KK Mart, MyNews dan banyak lagi bermula hari ini pada harga sekitar RM8.50 untuk saiz 160g.

Komen