Berita baik buat penggemar kerak piza yang garing di luar tetapi gebu di dalam. Pizza Hut kini hadir dengan penawaran kerak piza baharu yang dicipta
khas untuk anda, iaitu Hand Crafted San Francisco.


Ia merupakan pilihan baharu untuk piza anda selain pan pizza, hand-stretched dan stuffed crust. Untuk kerak ini, ia menggunakan doh jenis sourdough yang disediakan menerusi proses penapaian yang lama.

Hasilnya, ia membawakan kerak piza yang mempunyai rasa dan tekstur yang lebih menarik yang mana ia garing di luar, namun masih lagi memberikan gigitan yang lembut dan ringan ketika makan.


Antara varian piza yang boleh anda pesan untuk merasai kerak Hand Crafted San Francisco adalah Veggie Lover, Creamy Beef Fiesta dan Creamy Crispy Chicken.

Menarik bukan? Jangan lupa untuk pesan piza kegemaran anda hari ini melalui aplikasi Pizza Hut, GrabFood atau anda kunjungi rangkaian Pizza Hut berdekatan untuk belian bawa pulang. Anda berpeluang mendapatkan promosi khas 50% diskaun sempena pelancarannya di www.pizzahut.com.my/order/promos.


Bersama-sama dengan pengenalan kerak Hand Crafted San Francisco ini juga, Pizza Hut turut hadir dengan Pek Travel Pizza dengan harga pengenalan RM 1.90 sahaja. Untuk mendapatkannya, Pek Travel Pizza unik ini akan dijual bermula 14 hingga 16 Ogos 2021 pada pukul 3 hingga 4 petang sahaja. Ia juga hanya boleh didapati di melalui www.travel.pizzahut.com.my