Roti adalah makanan ruji yang boleh dikatakan sangat popular di kebanyakan negara. Malah, untuk pengetahuan anda juga, roti juga merupakan salah satu makanan tertua di dunia.
Menurut Lyon Bakery, roti terawal dibuat pada atau sekitar 8000 SM di Mesir dan beberapa negara Timur Tengah yang lain. Ia kemudian diperluaskan beberapa kawasan lain menjadi beberapa jenis roti yang lain seperti chapati di India dan juga tortilla di Mexico.
Perbezaan Roti Di Pasaran
Seperti yang anda lihat, roti adalah kombinasi antara tepung dan ramuan seperti susu skim, mentega dan juga bahan penaik bergantung kepada hasil roti yang diinginkan. Oleh sebab itu, anda akan melihat beberapa perbezaan roti di pasaran yang mana mempunyai pelbagai jenis, bentuk, ukuran, dan tekstur.
Roti putih
Roti putih dibuat dari biji gandum yang telah diproses untuk menghilangkan dedak dan kuman yang mana hanya meninggalkan endosperma di dalam sajian. Oleh sebab itu, roti putih mempunyai tekstur dan rasa yang lebih ringan. Namun, ia juga nutrien yang lebih sedikit.
Untuk pengambilan roti putih yang kerap, banyak kajian menyatakan ia tidak cukup baik untuk kesihatan. Hal ini kerana, ia tidak memberikan kandungan vitamin dan protein yang diperlukan badan yang mana pengambilan roti putih yang banyak hanya sekadar mengenyangkan perut sahaja.
Roti Gandum
Sementara roti gandum pula, hadir dengan jumlah nutrien mikro dan serat yang lebih tinggi berbanding roti putih.
Terdapat beberapa jenis roti gandum di pasaran termasuk roti gandum putih yang diperbuat dari bijirin gandum utuh albino, yang lebih ringan dalam rasa dan warnanya daripada jenis gandum tradisional. Roti jenis ini sangat sesuai untuk anda yang lebih suka rasa roti putih tetapi mahukan nutrien dan serat yang terdapat dalam roti gandum, ini adalah pilihan yang baik. Secara nutrien, roti gandum putih 100 peratus adalah sama dengan roti gandum.
Jenis roti gandum yang kedua adalah roti gandum penuh. Sama seperti roti gandum, roti gandum penuh terdiri dari biji-bijian yang utuh. Sebagai tambahan kepada gandum, roti gandum penuh merangkumi biji-bijian lain seperti barli utuh, beras perang, gandum utuh, dan gandum gulung. Ia adalah salah satu pilihan paling sihat di kedai bagi anda menggemari hidangan roti.
Roti Multi-bijirin
Walaupun kedengarannya seperti pilihan yang sihat disebabkan kehadiran pelbagai jenis biji-bijian, namun tidak ada jaminan bahawa roti multi-bijirin dibuat dengan 100 peratus biji-bijian sihat.
Biji-bijian ini mungkin telah diproses untuk menghilangkan dedak dan kumannya yang boleh mengakibatkan mereka kehilangan nilai pemakanan seperti kandungan serat dan nutrien penting. Jadi, amat penting untuk anda melihat kandungan bahan yang disertakan untuk roti yang dipasarkan.
Apa Pilihan Paling Sihat?
Berbalik kepada populariti roti sebagai makanan utama di beberapa negara adalah disebabkan oleh ia boleh dihidangkan dalam pelbagai bentuk pada setiap hidangan sepanjang hari. Malah, ia juga boleh dimakan sebagai makanan ringan dan bahkan digunakan sebagai ramuan dalam penyediaan masakan lain.
Jadi, jika anda ingin menggunakan roti dengan kerap, maka carilah roti yang mengandungi serat dan nutrien yang baik untuk keperluan kesihatan anda.
Mana-mana roti yang dibuat dengan 100 peratus biji-bijian, sama ada gandum utuh atau bijirin utuh, adalah pilihan yang paling berkhasiat. Tetapi berhati-hati dengan label mengatakan “bijirin penuh” kerana label bijirin penuh tidak menjamin bahawa produk itu mengandungi biji-bijian secara eksklusif.
Sumber: The Food Medic Health IL