Min Ahmad Diterbitkan 12 August 2021

Nasi Goreng Ala Korea

Kandungan kalori: 630 kcal (untuk 1 hidangan sebanyak 330 gram)

Tempoh penyediaan bahan-bahan: 5 minit 

Tempoh memasak: 15 minit

Saiz hidangan: 2 orang

Bahan-bahan:

  • 2 cawan nasi sejuk
  • 3 biji telur
  • daun bawang dihiris, asingkan bahagian pangkal (batang daun bawang yang berwarna putih) dan bahagian daun (berwarna hijau)
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • sedikit lobak merah dihiris nipis dan dipotong memanjang
  • sedikit kobis dihiris nipis 
  • sedikit cendawan enoki dibuang pangkalnya
  • sedikit garam, kicap cair, sos ikan dan minyak bijan untuk memperasakan makanan
  • minyak untuk memasak

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih ddan bahagian daun bawang yang berwarna putih untuk seketika.


Tuangkan telur yang sudah dipecahkan ke dalam kuali, kacau seolah-olah anda membuat scrambled egg. Tambahkan minyak sekiranya telur kelihatan kering.


Masukkan nasi, gaul rata dan pastikan telur sebati dengan nasi.


Masukkann sayur-sayuran yang telah dihiris nipis, kacau rata sehingga sayur kelihatan masak/ layu.


Perasakan dengan kicap cair, sos ikan dan minyak bijan secukup rasa. Tambahkan garam ikut tahap kemasinan yang anda suka.

Angkat dan hidangkan dengan telur mata dan hirisan rumpai laut. Sesuai dihidangkan sebagai sarapan pagi.