Carian
Tahukah Anda Pencipta Tali Pinggang Keledar 3 Titik Merupakan Jurutera Dari Volvo?
August 12, 2021 Lina Rosli

Tahukah anda sebelum ini, kereta pada zaman dahulu hanya menggunakan tali pinggang 2 titik, sementara kereta moden pula memasang tali pinggang 3 titik?

Apakah perbezaan antara kedua-dua jenis tali pinggang keledar ini?

Untuk pengetahuan anda, tali pinggang keledar 2 titik adalah sejenis tali pinggang pusingan dengan kedudukan pemasangan di setiap sisi tali pinggang. Kebiasaanya tali pinggang ini disebut sebagai lap seat belt yang mana ia hanya mengikat bahagian pinggang sahaja dan jenis ini kini banyak digunakan untuk kereta lumba sahaja.

Yang membezakan tali pinggang 3 titik adalah ia membentuk seperti huruf ‘Y’ ketika dipakai yang mana ia akan menjaga dari atas dada, pelvis dan bahu. Ramai pakar yang mencadangkan penggunaannya kerana ia lebih selamat dan menjadi kaedah yang berkesan untuk melindungi penumpang kenderaan.


Volvo Adalah Kereta Pertama Yang Menggunakan Tali Pinggang Keledar 3 Titik

Reka bentuk 3 titik dicipta bagi membantu melindungi bahagian atas dan bawah badan penumpang. Idea ini berasal daripada jurutera Volvo yang bernama Nils Bohlin.

Pada tahun 1959, beliau hadir dengan rekaan tali pinggang keledar tiga titik moden. Menurut Bohlin, masalah ini bukan sekadar mengurangkan risiko kecederaan, malah ia juga solusi yang efektif kerana ia dapat digunakan dengan mudah iaitu memakainya dengan hanya satu tangan.

Ia mengambil masa sekitar 10 tahun sebelum digunakan oleh umum dan diterima oleh undang-undang. Untuk pengetahuan anda, undang-undang persekutuan yang pertama yang mewajibkan tali pinggang keledar digunakan adalah Amerika Syarikat. Pelbagai ujian dan juga eksperimen dilakukan bagi meneliti dan mengesahkan keberkesanannya.

Kereta pertama Volvo yang menggunakan tali poinggang keledar 3 titik ini adalah volvo model Volvo PV 544.


Selepas kejayaan dengan idea ini, Volvo terus mempatenkan rekaan tali pinggang keledar 3 titik. Namun, ia masih lagi boleh digunakan secara terbuka dan tersedia untuk semua pengeluar kenderaan yang ingin memasangkan pada kereta mereka.

Kejayaan Tali Pinggang 3 Titik

Keputusan ini dibuat untuk kepentingan keselamatan awam yang lebih besar. Ia bagi memastikan bahawa setiap orang, tanpa mengira sama ada mereka mengendarai Volvo atau tidak, dapat menjadi lebih selamat dalam lalu lintas.

Sehingga ke hari ini, tali pinggang keledar 3 titik telah menyelamatkan ratusan ribu nyawa. Bahkah ia juga telah mencegah atau mengurangkan keparahan kecederaan bagi berjuta-juta pengguna lalu lintas.

Satu kajian oleh Bohlin juga, tidak ada penumpang yang memakai tali pinggang keledar 3 titik yang akan maut melainkan jika anda memandu pada kelajuan yang sangat tinggi.

Apa yang menarik juga, tiada perubahan yang dilakukan sejak reka bentuk asas tali pinggang 3 titik dikeluarkan oleh Bohlin sehingga ke hari. Ia bukan sahaja digunakan pada kereta biasa, malah ia turut dipasangkan di setiap trak dan SUV baru.

Berdasarkan pengamatan penulis, untuk tempat duduk penumpang di dalam bas, kapal terbang, kapal dan juga keretapi masih lagi menggunakan tali pinggang keledar 2 titik. Nampaknya pemasangan ini masih lagi tidak meluas kepada kenderaan jenis lain walaupun sudah 61 tahun telah berlalu sejak ia mula diperkenalkan.

Sumber: History Volvo Forbes 

Komen