Fenty Beauty kini hadir dengan variasi baru untuk produk bedak asas mereka yang mana ia membawakan pilihan 4 cara pemakaian pada wajah.

Antara barisan bedak asas baru yang diperkenalkan termasuklah Pro Filt’r Soft Matte Foundation, Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation, Pro Filt’r Hydrating Foundation dan juga  Eaze Drop Blurring Skin Tint terbaru.


Kesemua produk ini diformulakan dengan sempurna bagi memudahkan si pemakai untuk menggunakannnya di dalam apa jua keadaan.

Seperti kebanyakan produk bedak asas Fenty Beauty yang lain, untuk siri Pro Filt’r variasi ini dihadirkan dalam 50 pilihan warna berbeza. Sementara siri Eaze Drop pula hanya menawarkan 25 pilihan warna sahaja.


Tidak sekadar itu, antara kelebihan penawaran bedak asas Fenty Beauty juga adalah memberikan kemasan kulit yang licin, bebas pori, menjadi lebih bersinar selain menawarkan pilihan liputan yang ringan hingga penuh yang bergantung kepada keperluan kulit anda.

Jadi, bagi anda yang meminati untuk mencuba bedak asas terbaru dari Fenty Beauty, ini adalah masanya! 

Untuk keluaran kali ini, apa yang Fenty Beauty ingin serlahkan adalah produk terbaru mereka iaitu Eaze Drop Blurring Skin Tint.


Produk ini sesuai untuk pelbaagai jenis dan warna kulit selain mudah untuk diaplikasikan. Malahan, ia juga memberikan kesan yang unik pada kulit iaitu meratakan dan menghilangkan warna kulit yang tidak sekata serta memberikan kesan kabur yang memikat.

Selain itu juga, Eaze Drop dilengkapi dengan bahan kompleks QuickBlur yang menghidratkan dan sangat sesuai untuk penampilan solekan yang kelihatan lebih semula jadi. Ia mempunyai tekstur halus yang dilapisi dengan baik di atas pelembap Hydra Vizor Fenty Skin dengan SPF.

Dapatkan Eaze Drop Blurring Skin Tint Foundation pada harga RM132 sebotol di kedai atas talian Sephora bermula hari ini.