Carian
Ketahui 5 Jenis Biji-Bijian Yang Baik Untuk Kesihatan Anda
August 13, 2021 Lina Rosli

Biji-bijian adalah sumber lemak, serat dan mineral yang berasaskan tumbuh-tumbuhan. Antara kelebihan biji-bijian adalah:

  • Mengandungi zat besi yang membantu anda mendapatkan protein yang mencukupi untuk mengalirkan oksigen dalam darah ke seluruh badan anda.
  • Malah ia juga dilengkapi dengan sumber kalsium yang baik untuk kesihatan tulang serta fosfor yang penting untuk memperbaiki sel dan menyaring kotoran dalam badan
  • Turut mengandungin mineral yang membantu penghidratan dan menjaga kesihatan usus dan otak

Amalan pengambilan biji-bijian dalam hidangan adalah sangat digalakkan kerana anda berupaya untuk memperoleh faedah tambahan dari semua nutrien tersebut.

Bukan sekadar itu, masing-masing juga menawarkan perasa tambahan yang tersendiri jika diletakkan di dalam hidangan. Oleh itu, anda tidak akan terasa muak selain boleh menikmati rasa unik yang mengubah makanan sehari-hari menjadi lebih istimewa dan penuh dengan nutrien.

Jenis Biji-Bijian Yang Boleh Anda Perolehi

Kebanyakannya jenis biji-bijian ini akan kekal segar sehingga setahun apabila disimpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti sejuk.

Berikut adalah lima jenis biji-bijian yang sesuai untuk dihidangkan di dalam makanan.

Biji chia
  • Kalori setiap hidangan: 70 untuk setiap satu sudu
  • Kandungan nutrien: Serat dan kalsium.

Antara beberapa kebaikan pengambilan biji chia adalah membantu melawaskan pencernaan dan juga mampu membuat anda berasa lebih kenyang.

Ia juga sesuai dijadikan alternatif kepada produk tenusu kerana dua hidangan biji chia akan menawarkan jumlah kalsium yang sama dengan secawan susu.

Bagi yang ingin mencuba, anda boleh letakkan biji chia di dalam hidangan seperti overnight oats atau gaulkan granola dan buah jika anda mahukan sentuhan yang lebih segar dan manis.


Biji bunga matahari
  • Kalori setiap hidangan: 204 untuk secawan
  • Kandungan nutrien: Vitamin E dan selenium

Kelebihan utama biji bunga matahari adalah bertindak sebagai agen antioksidan. Untuk satu hidangan biji bunga matahari juga, ia menyediakan hampir dos vitamin E yang mencukupi dalam membantu menjaga kesihatan sel otak dan kolesterol.

Selain dimakan begitu sahaja, anda juga boleh menambah biji bunga matahari ke dalam salad ataupun hidangkan bersama pasta dan juga taco.


Biji rami
  • Kalori setiap hidangan: 534 untuk setiap 100g
  • Kandungan nutrien: Serat, Protein dan Kalsium

Bagi yang tidak mengetahui, Flaxseed atau biji rami mempunyai bentuk yang mirip dengan biji bunga matahari.

Salah satu kelebihan biji rami adalah menurunkan tekanan darah. Dalam satu kajian di Kanada, pengambilan 30g biji rami setiap hari selama enam bulan boleh mengurangkan tekanan darah sistolik dan diastolik.

Kesan dari nutrien serat, hidangan biji rami yang mencukupi boleh membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dan menghindari pengambilan makanan ringan yang tidak sihat.


Biji Labu
  • Kalori setiap hidangan: 559 untuk setiap 100g
  • Kandungan nutrien: Protein dan Zink

Peningkatan kekebalan imun tubuh yang mana kesan daripada penyerapan nutrien zink. Malah, untuk satu hidangan biji labu menawarkan hampir 10g protein yang baik untuk anda yang mengamalkan diet vegan ataupun diet berasaskan tumbuh-tumbuhan.


Biji Bijan
  • Kalori setiap hidangan: 103 dalam 2 sudu besar
  • Kandungan nutrien: Fitosterol dan zat besi

Untuk beberapa jenis hidangan seperti hidangan dari Asia seperti China dan juga Korea sangat menggemari penggunaan bijan.

Beberapa kajian yang mengkaji hubungan antara biji bijan dan kolesterol mendapati bahawa ia mempunyai kesan positif pada kadar lipid, kolesterol LHL, dan kadar kolesterol keseluruhan.

Untuk mencubanya, anda boleh meletakkan biji bijan sebagai perapan ikan, ayam dan daging. Kemudian, gaulkan sekali bersama kicap manis.


Namun, harus diingatkan juga bahawa terdapat beberapa perkara yang pelru dipertimbangkan selain mendapatkan pertanyaan daripada pakar berkaitan pengambilan biji-bijian lebih-lebih lagi bagi anda yang mempunyai sejarah penyakit tertentu.

Sumber: Cleveland Clinic NCBI Organic Facts Health Cleveland Clinic – Flaxseed

Komen