Sebelum ini, Tealive telahpun hadir dengan pelbagai sajian yang diperbuat daripada boba. Ia termasuk penawaran aiskrim boba mereka yang tersendiri yang dilihat turut mendapat sambutan yang baik daripada ramai pihak.

Untuk tidak ketinggalan, nampaknya Cornetto turut hadir dengan inovasi aiskrim yang cukup menarik. Padanan rasa manis gula merah bersama-sama dengan masin pada keju boleh dikatakan akan menghasilkan rasa yang cukup unik.

Oleh itu, kepada peminat aiskrim Cornetto di seluruh Malaysia, jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba askrim terbaru Cornetto Brown Sugar Boba Cheese.


Berdasarkan gambar poster yang dikongsikan, Cornetto menampilkan aiskrim berbentuk kon yang menyajikan perisa teh mutiara dan juga dilengkapkan dengan lapisan gula merah. Di bahagian atas kon pula, anda dapat melihat krim keju serta diletakkan juga biskut hancur pada bahagian tengah aiskrim.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba, anda boleh mendapatkan aiskrim ini eksklusif hanya di rangkaian kedai 7 Eleven sahaja. Ia ditawarkan pada harga RM4.20 sebatang dan jangan lupa untuk muat turun aplikasi My7E untuk menikmati pelbagai diskaun yang menarik