Carian
Zalora Kini Tawarkan Produk Dan Kelengkapan Untuk Rumah – Nikmati Diskaun Menarik Sepanjang Zalora Lifestyle Festival
August 16, 2021 Lina Rosli

Kini tidak hanya tertumpu kepada peralatan dan juga item melibatakan fesyen sahaja, Zalora telahpun mula menawarkan variasi produk dan kelengkapan lain dengan menambah kategori baharu di bawah siri Gaya Hidup termasuk:

  • Zmart
  • Peralatan Sukan Dan Nutrisi
  • Elektronik
  • Makanan Dan Minuman
  • Rumah Dan Tempat Tinggal
  • Hobi Dan Permainan

Penawaran keperluan ini sebenarny telah diperkenalkan sejak tahun 2020 yang mana ia berfungsi untuk membantu individu di Malaysia dalam membuat persediaan penting dalam memerangi wabak Covid-19.

Disebabkan terdapat peningkatan permintaan yang ketara dalam kalangan penggunaan peranti mudah alih dalam mendapatkan keperluan asas dan barang keperluan rumah, maka sebagai pemain edagang Zalora tampil dengan pelbagai usaha dan inisiatif dalam menggunakan kecanggihan dan kelengkapan teknologi yang mereka ada.

Oleh sebab itu, Zalora memaksimumkan kemampuan penghantaran dan logistiknya dalam usaha untuk membolehkan vendor dan juga pelanggan untuk terus membekalkan dan menikmati keperluan isi rumah dan makanan tanpa had.


Bermula dari 16 Ogos sehingga 22 Ogos ini, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati tawaran promosi dan diskaun yang menarik untuk pembelian dari jenama terkemuka yang melibatkan hiasan rumah, perabot, peralatan dapur, telefon bimbit, tablet, audio dan televisyen menerusi kempen Zalora Lifestyle Festival.

Antara jenama yang menyertai festival ini termasuklah Hooga, Smeg, Akemi, Tefal, Samsung, Logitech dan banyak lagi yang menawarkan potongan hingga 80%. Malah, platform ini juga turut menawarkan transaksi tanpa faedah dan juga langganan bagi mendapatkan servis penghantaran pada keesokan hari (next-day delivery).


Ikuti perkembangan jualan kilat dan tawaran promosi yang disediakan oleh setiap jenama sama ada menggunakan aplikasi Zalora (App Store , Play Store) ataupun anda juga boleh terokai laman rasmi Zalora di zalora.com.my

Komen