Carian
Menilai Komposisi Badan Dengan Lebih Mudah Menggunakan Samsung Galaxy Watch4
August 16, 2021 Lina Rosli

Apa itu komposisi badan? Untuk pengetahuan anda, ia adalah kaedah yang mana mengagihkan dan memecahkan kandungan tubuh menjadi komponen seperti lemak, protein, mineral dan air badan.

Dengan ini, ia memberikan gambaran yang lebih jelas tentang berat badan anda dengan lebih tepat selain menjejak maklumat mengenai kesihatan dengan lebih menyeluruh.

Analisis komposisi badan yang tepat biasanya akan menunjukkan perubahan jisim lemak, jisim otot dan peratusan lemak badan. Dari situlah anda boleh mengetahui latihan dan senaman apa yang perlu anda lakukan bagi meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan anda secara keseluruhan.


Keperluan Mengukur Komposisi Badan Dengan Betul

Masalah seperti penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetes jenis II, kanser dan pelbagai penyakit lain semuanya bermula dari masalah kesihatan yang utama iaitu kegemukan atau kandungan lemak yang berlebihan.

Namun, ia tidak bermakna jika anda kurus secara automatik akan terhindar daripada pelbagai risiko kesihatan yang sama. Oleh sebab itu, ia amat penting untuk anda mengetahui dan memahami komposisi badan anda.

Bahagian penting dalam memahami kesihatan seseorang adalah membezakan antara apa yang sihat dan yang tidak, terutama jika berkaitan dengan lemak. Selain itu, anda juga perlu mengetahui dan menentukan perbezaan antara kurus, berat badan berlebihan dan obesiti.

Dengan pemahaman yang lebih baik mengenai komposisi badan, individu dan pengamal kesihatan dapat bekerjasama untuk membuat penilaian kesihatan yang lengkap, memantau pertumbuhan lemak badan dan otot untuk menentukan perubahan senaman, diet dan gaya hidup yang sesuai yang membolehkan individu mengawal kesihatan mereka dengan lebih baik.

Teknologi Sensor BioActive 3-dalam-1 Oleh Samsung

Menerusi Samsung Galaxy Watch4, Samsung menampilkan teknologi yang ditambah baik untuk penjejakan dan pengukuran kesihatan iaitu Sensor BioActive.

Untuk Sensor 3-in-1 baru ini, ia menggunakan cip tunggal yang digunakan untuk mengetahui kadar denyut jantung optik, jantung elektrik dan analisis impedans bioelektrik. Dengan kehadiran tiga sensor ini, ia membolehkan anda memantau tekanan darah, mengesan degupan jantung yang tidak teratur dan mengukur tahap oksigen dalam darah.


Bukan itu sahaja, dengan kehadiran sensor Bioelectric Impedance Analysis (BIA) atau dikenali sebagai analisis impedans bioelektrik, ia hadir dengan kemampuan mengukur komposisi badan serta melakukan pengiraan kesihatan tubuh yang lebih mendalam yang dinamakan  Sensor ini menampilkan ukuran utama seperti jisim otot rangka, kadar metabolisme asas, peratusan air dan lemak badan.

Bagaimana BIA pada jam tangan pintar Samsung berfungsi?

Samsung Galaxy Watch 4 menggunakan bahagian bawah pergelangan tangan dan dua jari tangan untuk memeriksa komposisi badan. Dalam masa sekitar 15 saat, sensor jam tangan anda akan menangkap 2,400 titik data.


Anda tidak perlu khuatir, untuk penggunaan BIA pada siri Galaxy Watch4 juga dikatakan hanya melibatkan penghantaran arus elektrik tahap rendah. Arus BIA akan bergerak dengan cepat melalui tisu yang mengandungi sejumlah besar cecair dan elektrolit seperti otot, darah dan lemak.

Selain mengetahui komposisi badan, siri Galaxy Watch4 juga memberikan gambaran mengenai corak tidur anda dengan perincian yang lebih baik berbanding versi sebelumnya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy Watch4, ia kini ditawarkan pada harga bermula RM899 untuk saiz tali 40mm, sementara RM1299 pula untuk Galaxy Watch4 Classic.

Komen