Bagi anda yang sedang mencari oksimeter, anda kini boleh mendapatkannya di rangkaian atau kedai 7 Eleven terpilih berdekatan anda pada harga hanya RM29.90 sahaja.

Bagi anda yang tidak mengetahui apa itu oksimeter, ia adalah alat kecil dan ringan yang digunakan untuk memantau jumlah oksigen mengalir di dalam badan. Sebelum ini, alat ini digunakan oleh kebanyakan individu yang mempunyai masalah pernafasan seperti asma, penyakit paru-paru obstruktif kronik (COPD) atau penyakit paru-paru lain.


Untuk menggunakannya, anda perlu membaca dua bacaan pada skrin. Nilai yang pertama merujuk kepada kelajuan jantung anda berdegup. Sebagai contoh; 86 PR Bpm Ia bermaksud jantung anda berdegup 60 kali seminit.

Manakala bacaan kedua pula adalah kadar oksigen dalam darah. Kebiasaannya, jika kadar oksigen anda melebih dari 96% selain anda mendapati tiada gangguan dalam pernafasan maka ia paru-paru anda berada di dalam ke adaan normal.

Namun, jika ia rendah dari nilai 92%, maka anda perlu segera mendapatkan bantuan dari klinik berdekatan un tuk pemeriksaan kesihatan lanjut.


Sewaktu anda membuat pemeriksaan ini, pastikan anda membersih dan mencuci tangan sebelum mula mengepit jari anda pada oksimeter. Bukan itu sahaja, pastikan anda tidak memakai pengilat dan pewarna kuku kerana ia mungkin akan memberi kesan kepada bacaan anda.

Hal ini kerana, sensitiviti peranti mungkin berubah disebabkan faktor seperti pergerakan, suhu atau keadaan kuku anda.