Bagi menggalakan dan meningkatkan kadar pengambilan vaksin dalam kalangan masyarakat di Malaysia, Panadol jenama utama GlaxoSmithKline, tidak ketinggalan dalam memainkan peranan mereka dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penjagaan kesakitan dan demam pasca vaksinasi COVID-19 di seluruh negara.
Menerusi Kempen Pasca Vaksinasi COVID-19, Panadol telahpun bersiap sedia dalam menyediakan perkongsian tip dan maklumat mengenai cara mengendalikan simpton-simptom pasca vaksinasi COVID-19 seperti kesakitan dan demam dengan Panadol.
Selari dengan misi dalam menyokong
sepenuhnya usaha kerajaan untuk memberi vaksin kepada sekurang-kurangnya 80% penduduk dewasa Malaysia
menjelang Februari 2022, Panadol juga turut bersedia dalam mendidik orang ramai mengenai kepentingan vaksin COVID-19 serta memberikan panduan yang tepat mengenai penggunaan Panadol sebagai rawatan simptomatik pasca vaksinasi COVID-19.
Menurut Panadol lagi, kempen ini akan dilancarkan berperingkat. Ia telahpun dijalankan sejak Jun 2021 lagi. Di dalam kempen ini, mereka telah berkongsi beberapa kandungan di dalam video
pendidikan dan poster di pelbagai platform digital dan laman sosial Panadol Malaysia. Malah, mereka turut menyediakan risalah ringkas untuk dikongsikan bersama-sama premis-premis jualan tempatan seperti Watsons, 99 Speedmart dan juga 700 klinik dan farmasi di seluruh negara.
Dengan adanya kempen seperti ini, di harap ia dapat membantu membuka mata semua individu di Malaysia akan kepentingan vaksinasi COVID-19 bagi menjamin kebaikan untuk kesihatan, kesejahteraan
sosial dan ekonomi negara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
- Laman Rasmi Panadol: https://www.panadol.com/en-my/post-vaccination
- Facebook: https://www.facebook.com/PanadolMY/
- Instagram: https://www.instagram.com/panadolmy/