Carian
Kelebihan Bayam – Ini Rupanya Sebab Mengapa Popeye Memilih Sayuran Ini
August 17, 2021 Lina Rosli

Di Malaysia, terdapat dua jenis bayam yang boleh anda dapatkan di pasaran. Jenis bayam tersebut adalah:

  • Daun bayam berwarna hijau dengan bentuk daun sama ada lebar dan juga bujur
  • Daun bayam yang berwarna hijau keunguan dan sedikit merah

Untuk pengetahuan anda, bayam tergolong dalam sub-keluarga chenopodiaceae dan juga Amaranthus. Sayuran ini banyak dijumpai di negara di Asia Tenggara dan diedarkan secara meluas dan ditanam di seluruh dunia termasuk Iran sebagai sayur-sayuran kerana nilai berkhasiat tinggi

Salah satu sebab mengapa bayam sangatp popular dalam kalangan masyarakat seluruh dunia adalah disebabkan oleh kandungan khasiat dan nutrien yang tinggi.


Kelebihan Bayam Untuk Kesihatan Tubuh

Bayam adalah salah satu sumber kalium dan magnesium diet terbaik selain mempunyai dua elektrolit yang sangat penting untuk menjaga kesihatan manusia.

Bukan itu sahaja, bayam juga menyediakan 839mg kalium per cawan. Sebagai perbandingan, satu cawan pisang pula hanya mempunyai kira-kira 539mg kalium sahaja.

Memberikan penglihatan yang baik

Kadar klorofil dan karotenoid yang tinggi sangat penting dalam menawarkan faedah kesihatan yang baik untuk mata.

Ia mengandungi karoten, lutein dan zeaxanthin yang berkait rapat dalam membantu mencegah degenerasi makula dan katarak yang berkaitan dengan usia. Menurut The Scripps Research Institute, kajian menunjukkan bahawa mereka yang makan bayam tiga kali seminggu mempunyai risiko 43 persen lebih rendah terkena degenerasi makula.

Menjadikan rambut dan kulit yang lebih awet muda

Dengan adanya vitamin A, kulit anda boleh mendapatkan kadar nutrien yang mencukupi untuk pengeluaran sebum yang diperlukan bagi menjaga kelembapan rambut. Bukan itu sahaja, vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan termasuk kulit dan rambut.

Selain itu, bayam juga mengandungi vitamin C yang diperlukan untuk pembangunan dan pemeliharaan kolagen yang memberikan struktur pada kulit dan rambut yang lebih sihat dan kuat.


Menyokong kesihatan jantung

Secara semula jadi, bayam dilihat hadir dengan sebatian nitrat yang tinggi. Melaluinya, bayam dapat membantu meningkatkan aliran darah dan tekanan dengan melancarkan kapasiti saluran darah serta mengurangkan kekejangan arteri.

Pengurangan tekanan darah membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok. Kajian menunjukkan bahawa makanan kaya nitrat, seperti bayam, juga dapat membantu bertahan dalam serangan jantung.

Menyokong tulang yang sihat

Menurut kajian NOF, bayam mengandungi sumber vitamin K yang sangat baik. Nutrien ini penting untuk menjaga kesihatan tulang.

Pengambilan vitamin K yang mencukupi, ia dapat mengurangkan risiko patah tulang. Malah dengan kehadiran vitamin D juga, bayam juga meningkatkan kepadatan tulang dan mempengaruhi keseimbangan kalsium secara positif. Tubuh anda menggunakan vitamin K ketika membina tulang dan nutrien ini sangat penting kepada tubuh, lebih-lebih lagi untuk wanita.

Menampilkan jumlah tenaga yang mencukupi untuk aktiviti harian

Salah satu tumbuhan yang memberikan tenaga yang mencukupi menerusi kandungan nutrien yang dikenali sebagai zat besi. Mineral ini memainkan peranan penting dalam fungsi sel darah merah yang membantu mengalirkan oksigen ke seluruh badan serta menyokong pengeluaran tenaga.


Bolehkah bayam dimakan setiap hari

Bayam selamat bagi kebanyakan orang, namun ada sebilangan individu yang perlu berwaspada dengan pengambilan bayam yang berlebihan.

Hal ini kerana, bayam mengandungi jumlah oksalat yang tinggi, oleh sebab itu orang yang mempunyai masalah berkaitan buah pinggang, mereka perlu meminimumkan pengambilannya.

Oleh itu, bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan yang serius, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Periksa dengan doktor anda sebelum membuat perubahan ketara pada diet anda.

Sumber: MyHealth Pertanian Perak Live Science Healthline

Komen