Bagi yang tidak mengetahui, Mamasab International Sdn Bhd adalah sebuah jenama bakeri tempatan yang menyajikan tawaran pastri, kek dan juga kuih yang boleh didapati di 42 cawangan di seluruh Malaysia.
Selain penawaran makanan, jenama ini turut menampilkan beberapa jualan produk kelengkapan rumah, fesyen dan kosmetik yang dijual menerusi sistem ejen dropship.

Baru-baru ini Mamasab dilihat telah hadir dengan sebuah kolaborasi bersama AEON yang mana menawarkan sejumlah produk makanan yang merangkumi produk berkaitan manisan dan pastri serta turut menampilkan sajian Jepun iaitu sushi dan Takoyaki.
Seperti yang anda sedia maklum, AEON sebelum ini telahpun hadir dengan bahagian pastri dan makanan mereka yang tersendiri seperti AEON Delica, Sushi dan juga Bakery. Walaupun adanya kolaborasi antara dua pihak ini, bahagian makanan milik AEON tetap lagi akan ditawarkan seperti biasa dan tidak terjejas dengan kehadiran produk yang baharu.


Bagi anda yang meminati untuk mencuba hidangan kolaborasi antara kedua syarikat Mamasab dan juga AEON, ia kini ditawarkan terhad di beberapan cawangan AEON dan AEON Big di kawasan sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Melaka , Johor dan Perak bermula hari ini.
