Bagi kebanyakan individu, pemakaian pelindung matahari atau sunscreen adalah satu kewajipan sebelum keluar dari rumah. Hal ini kerana, produk ini mempunyai fungsi yang baik dalam melindungi kulit dari sinar UV spektrum luas dan cahaya biru yang berbahaya
Dengan kehadiran SPF juga, ia membantu dalam memastikan pencegahan kanser kulit termasuk pencegahan melanoma serta mengurangkan risiko kerosakan kolagen dan tisu penghubung kulit yang boleh menyebabkan hilang keanjalan dan peningkatan kedutan.

Bagi anda yang sedang mencari-cari produk SPF baharu untuk kulit, nampaknya kini anda boleh menambah jenama Supergoop! di dalam senarai.
Hal ini kerana, produk terbaru dibawah jenama ini hadir dengan kebolehan multitugasan dalam melindungi kulit anda. Ia termasuk membantu menghidratkan kulit di sampung memberi anda cahaya yang cantik semasa aplikasi (glowing effect).

Menerusi Supergoop! Glowscreen Body SPF 40 dan Glowscreen SPF 40, ia hadir dengan tesktur krim yang ringan selain membawakan tambahan kilauan pada kulit. Malah, ia turut memberikan perlindungan matahari SPF 40 untuk kulit secara keseluruhan.
Bukan itu sahaja, kedua-dua produk ini diformulasikan dengan mineral yang memantulkan cahaya dan emolien berkhasiat serta menyerap peluh dan keringat yang mana mengurangkan pembentukan sebum sekaligus menjadikan kulit lebih hidrat dan segar.
Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkan:
- Supergoop! Glowscreen Body SPF 40 pada harga RM160
- Supergoop! Glowscreen SPF 40 pada harga RM125