Jika anda perasan, kebanyakan pakaian yang kerap anda guna dan pakai sering muncul bulu-bulu yang bergumpal yang menjadikan pakaian anda kelihatan lama dan buruk.
Mengapa ia boleh berlaku? Gumpalan bulu dan benang ini biasanya terjadi disebabkan oleh gosokkan atau geseran antara permukaan yang kasar sewaktu memakai.
Ia biasanya terjadi pada kebanyakan bahagian baju dan seluar lebih-lebih lagi kawasan seperti siku, ketiak, lengan, perut dan sisi baju dan juga bahagian punggung dan peha.

Apabila geseran tersebut dilakukan secara berkala, maka serat-serat pada fabrik akan hancur dan mula berkumpul untuk membentuk bola kecil atau lebih dikenali sebagai bulu-buli yang melekat pada pakaian anda.
Kebiasaannya juga, masalah bulu pada pakaian ini sering terjadi pada fabrik yang mengandungi serat campuran, terutama yang merangkumi poliester. Serat sintetik lebih mudah menggelembung, oleh itu sewaktu membeli baju, anda disarankan untuk memilih fabrik atau kain semula jadi seperti linen.
Bagaimana Cara Untuk Menghilangkan Serat Atau Bulu Pada Pakaian?
Dengan kehadiran Lint Shaver atau lebih dikenali sebagai pencukur serat, maka masalah pakaian berbulu kini dapat diselesaikan dengan mudah.
Untuk pengetahuan anda, pencukur serat mudah alih ini direka untuk menghilangkan sama ada bulu atau rambut yang melekat pada baju. Malah, ia juga bertindak baik dalam menghilangkan serat dan habuk yang tertinggal pada baju selepas basuh.

Disebabkan ia perlu dihidupkan menggunakan bateri, maka tugasan untuk membersih adalah lebih mudah dan lebih cepat bulu dapat ditanggalkan. Berikut adalah langkah penggunaan pembersih serat yang boleh anda praktikkan:
- Pertama, letakkan baju, seluar atau pakaian anda yang lain di permukaan rata.
- Kemudian hidupkan pencukur dan jalankan ke atas permukaan baju anda dalam pergerakan bulat.
- Pastikan bulu atau serat yang timbul terkena pada bahagian bilah pencukur supaya ia boleh dipotong dengan mudah.
- Pastikan anda mencukur secara perlahan supaya ia tidak menarik atau memotong bahagian lain sehingga boleh merosakkan pakaian anda.
- Setelah itu, bersihkan ruang dalam pencukur supaya ia kekal bersih untuk kegunaan seterusnya.

Sedikit tips untuk anda juga, untuk mengelakkan geseran kain berlaku terlalu kerap, pastikan anda menggunakan kitaran cucian yang gentle ketika mencuci pakaian yang sensitif. Pastikan anda tidak mencuci fabrik yang halus bersama-sama pakaian yang mempunyai labuci yang berbahaya atau kain keras seperti denim.
Elak juga dari bersandar dan duduk di simen yang kasar. Kerana semakin kurang geseran, semakin kurang bulu akan muncul pada baju. Selamat mencuba!