Fawwaz Ibrahim Diterbitkan 18 August 2021

Keunikan Linux Desktop

Linux merujuk kepada kernel yang telah dibina oleh Linus Torval pada tahun 1991, mengendalikan sistem asas serta hubungan antara perisian dan perkakasan sesebuah peranti. Istilah Linux juga sering digunakan untuk merujuk kepada sistem operasi yang dibina berasaskan Linux kernel bersama himpunan beberapa utiliti dan perisian asas untuk kegunaan pengguna seperti pelayar web dan pemain video. Set perisian yang disertakan bersama mungkin berlainan bergantung kepada distro dan desktop environment (DE) yang diedarkan.

Sistem operasi yang bersumber terbuka

Sumber kepada kernel Linux bebas untuk dikaji, diselidik, digunakan dan diedarkan semula berlandaskan lesen yang telah ditetapkan. Ratusan sistem operasi Linux (kerap dipanggil Linux Distro) telah dibina hingga ke hari ini. Antara distro yang terkenal adalah Debian, Ubuntu dan Fedora. Sifat sumber terbuka ini juga memberi ruang kepada syarikat besar seperti Google untuk berinovasi dan membangunkan sistem operasi Android yang menggunakan Linux kernel yang telah diubah suai untuk mengendalikan penggunaan skrin sentuh dan fungsi lain yang diperlukan untuk peranti telefon pintar. 

Sumber boleh dilihat dan diaudit oleh sesiapa sahaja, dapat mengelak daripada pintu belakang dan pengintipan, malah meningkatkan keselamatan dan privasi pengguna.