Jangan ketinggalan pada hari esok, iaitu 19 Ogos 2021, McDonald dilihat bakal hadir dengan penawaran dua variasi burger baharu yang menggunakan patti ayam dan juga daging.
Namun, apa yang menarik mengenai penawaran burger kali ini, McDonald’s dijangka bakal menampilkan kolaborasi bersama dengan selebriti tempatan.
Berdasarkan video acah yang dikongsikan McDonald pada 17 Ogos lepas, ia menampilkan logo McDonald’s yang diletakkan bersebelahan dengan tandatangan milik Ella selain mengungkapkan ayat Rockin’ your way bersama-sama perkongsian tersebut.

Menurut desas desus juga, variasi burger ini juga bakal disajikan bersama beberapa menu lain termasuk pai dan juga McFlurry baharu.
Jadi, apakah pendapat anda? Adakah penawaran menu baru dari McDonald’s ini membuatkan anda teruja untuk mencubanya?