Kalau anda baca dan tonton pelbagai jenis resipi dan juga tutorial memasak, antara terma yang kerap digunakan adalah saiz hidangan (serving size ) dan juga saiz bahagian (portion size).
Apakah yang membezakan antara kedua-dua terma ini?
Oleh itu, Tajria hari ini akan berkongsi kepada anda bagaimana untuk membezakan kedua-dua perkara ini sewaktu menyediakan dan menghidangkan makanan.

Apakah Yang Dimaksudkan Saiz Hidangan?
Secara umumnya, saiz hidangan merujuk kepada jumlah makanan yang mengikut piawaian atau cadangan.
Kebiasaannya digunakan untuk mengukur jumlah yang disyorkan, seperti isi padu yang disaran mengikut kumpulan makanan atau mewakili jumlah pengambilan individu pada label Fakta Pemakanan (Nutrition Fact).
Untuk penerangan yang lebih mudah, saiz hidangan mempunyai alat bantu visual, pengukuran kalori dan pecahan mikro dan makronutrien penuh yang ingin ditampilkan di dalam hidangan anda.

Sebagai contoh, untuk satu hidangan seperti salad, ia mengandungi 2 biji buah kering, 150g daun salad, 1 sudu limau nipis, 1 cawan sos mayonis dan sebagainya.
Dengan adanya saiz hidangan ini, ia membantu anda ketika memilih makanan dan membuat pengiraan jumlah atau kuantiti bahan yang perlu dibeli untuk menyediakan makanan.
Apakah Yang Dimaksudkan Saiz Bahagian?
Sementara istilah “bahagian” bermaksud berapa banyak makanan yang anda ingin hidangkan atau berapa banyak makanan uang anda makan.
Ukuran bahagian boleh berbeza-beza dari satu jenis makanan dan makanan yang lain. Jika dibandingkan dengan saiz hidangan, jumlahnya adalah sama satu sudu akan bersama dengan satu sudu. Namun untuk saiz bahagian, ia bergantung kepada berapa besar saiz yang anda ingin tentukan untuk satu hidangan.
Sebagai contoh, jika anda ke kedai A dan kedai B, kedua-duanya menyediakan satu hidangan Nasi Goreng. Anda mungkin akan melihat perbezaan yang mana pinggan A mempunyai nasi yang lebih sedikit berbanding pinggan B. Hal ini kerana, tukang masak untuk kedua-dua kedai yang akan menetapkan saiz bahagian untuk Nasi Goreng mereka.

Jika diteliti untuk hidangan Nasi Goreng tadi, anda mungkin akan mendapati yang mana kedai A menggunakan 2 senduk nasi untuk saiz hidangan nasi goreng mereka. Sementara kedai B pula menggunakan 4 senduk nasi untuk Nasi Goreng yang dijual.
Kepentingan Mengetahui Perbezaan Saiz Hidangan Dan Saiz Bahagian
Oleh itu bagi anda yang ingin melakukan diet pemakanan sihat, anda perlu mengetahui saiz hidangan yang perlu anda ambil untuk setiap sajian.
Untuk memastikan saiz bahagian untuk sajian anda terkawal, cuba pesan satu atau dua pembuka selera kecil dan bukannya hidangan yang bersaiz besar. Atau, anda boleh berkongsi makanan dengan rakan anda jika anda mendapati makanan yang disajikan hadir dengan saiz hidangan yang besar.
Sumber: Eat Right Org