McDonald’s Malaysia memperkenalkan Rockin’ BBQ Burger yang menampilkan tiga jenis pilihan iaitu Rockin’ BBQ, Double Rockin’ BBQ dan Triple Rockin’ BBQ. Malah, anda juga boleh memilih patti sama ada daging ayam ataupun lembu yang mana bergantung kepada citarasa anda.

Dengan Rockin’ BBQ Burgers, anda akan menikmati kepingan daging empuk yang dipanggang bersama perisa salai. Melengkapkan hisangan anda adalah sos BBQ, bawang panggang, lapisan keju cair, lada benggala merah segar, serta selada yang dimayang dan akhir sekali diapit bersama ban tepung jagung dan herba campuran yang dibakar


Apa yang membuatkan kempen ini lebih menarik, McDonald’s akan bekerjasama dengan Ratu Rock Malaysia, Ella untuk menyanyikan lagu iklan TV versi rock. Ella juga akan membuat penampilan khas menerusi konsert maya ‘Rock On’ Astro Gempak pada 28 Ogos.

Bagi semua peminat Ella, anda berpeluang memenangi makan tengah hari eksklusif secara maya bersama Ella serta barangan edisi terhad.

Bukan itu sahaja, McDonald’s juga terkenal dengan hadir dengan menu terbaru untuk barisan pencuci mulut mereka iaitu Salted Caramel McFlurry dan Pretzel Bits McFlurry.


Set hidangan Rockin’ BBQ Burger ditawarkan pasa harga bermula RM15.99. Kekal #SafeWithMekdi dengan membuat pesanan tanpa sentuh melalui McDelivery atau Pandu-Lalu berdekatan anda. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu menarik di McDonald’s Malaysia, layari www.mcdonalds.com.my.