Carian
Berapa Lama Jangka Hayat Pensanitasi Tangan?
August 19, 2021 Lina Rosli

Untuk kebanyakan produk kesihatan dan penjagaam diri biasanya mempunyai tenpoh penggunaan yang terhad. Hal ini kerana, ia melibatkan kesihatan dan juga keselamatan sepanjang penggunaan.

Oleh itu, amat penting untuk anda sentiasa berwaspada setiap kali menggunakan produk cecair kerana jika tersalah guna, sudah tentu ia akan mendatangkan kemudaratan.

Disebabkan pandemik, penggunaan pensanitasi tangan dilihat telah berkembang secara meluas. Oleh sebab itu, ramai individu yang akan menyimpan stok produk penjagaan ini dirumah. Yang menjadi tanda tanya, adakah ia boleh bertahan untuk tenpoh yang lama?


Jangka Hayat Pensanitasi Tangan

Untuk memeriksa tarikh luput produk ini, anda boleh melihatnya pasa bahagian atas plastik pembungkus ataupun di bahagian bawah botol.

Oleh kerana pensanitasi tangan biasanya memerlukan kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), maka adalah penting untuk ia mempunyai tarikh luput dan nombor lot. Tarikh luput ini menunjukkan jumlah masa pengujian mengesahkan bahawa bahan aktif pensanitasi ini stabil dan berkesan.

Secara amnya, pensanitasi tangan ini mampu bertahan sehingga 2 hingga 3 tahun. Setelah melepasi tarikh luput, ia mungkin masih lagi berkesan, namun penggunaannya adalah tidak digalakkan.


Bolehkah Menggunakan Pensanitasi Tangan Yang Telah Lama Terbiar?

Untuk bahan utama pensanitasi iaitu alkohol mungkin masih lagi aktif. Namun, anda akan perasan paras kepekatannya akan mula turun dan mencair di bawah peratusan asal produk.

Oleh itu, anda mungkin akan mendapati pensanitasi tangan tersebut akan menjadi  kurang berkesan, atau mungkin tidak berkesan – tidak berbahaya untuk digunakan. 

Komen