Sejak kebelakangan ini, Niacinamide telah menjadi popular kerana ia memberikan pilihan yang baik untuk membantu menyasarkan masalah penjagaan kulit, seperti perubahan tona warna dan kemerahan selain menjadi cecair solusi yang lembut untuk kulit

Namun, tahukah anda bahawa Niacinamide boleh didapati di dalam makanan termasuk ragi, daging, ikan, susu, telur, sayuran hijau, kacang dan biji-bijian?

Nampaknya, selain mendapatkannya menerusi pengambilan suplemen Vitamin B3 dan juga pemakaian produk penjagaan kulit biasa, anda juga boleh mengamalnya di dalam diet makanan harian.

Apa itu Niacinamide?

Seperti disebutkan, Niacinamide adalah bentuk vitamin B3. Seperti vitamin B yang lain, Niacinamide memainkan peranan penting dalam memastikan sel-sel di seluruh tubuh anda berfungsi dengan baik.

Tubuh anda tidak menyimpan Niacinamide, jadi penting anda mendapatkannya melalui diet ataupun penggunaan produk penjagaan kulit yang bersesuaian.


Fakta yang menarik mengenainya juga, ahli dermatologi mengatakan Niacinamide telah terbukti bermanfaat untuk kulit ketika diambil secara oral dan digunakan secara topikal.

Kelebihan Niacinamide Pada Kulit

Tidak banyak persoalan tentang apa yang boleh dilakukan niacinamide untuk kulit anda. Antara kelebihan pengambilan Niacinamide termasuk:

Memperbaiki Sel Kulit Dan Meneutralkan Radikal Bebas

Niacinamide adalah pendahulu molekul yang membolehkan semua sel, termasuk sel kulit memperbaiki kerosakannya dan meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan kanser kulit dan kerosakan kolagen dan elastin.

Oleh itu ramai yang akan menggunakan produk yang mempunyai Niacinamide kerana vitamin ini penting untuk menjaga kulit supaya lebih kuat, sihat dan awet muda.

Meningkat Pengeluaran Ceramides

Selain faedah pencegahan itu, terdapat banyak manfaat niacinamide lain yang menjadikannya ramuan yang baik untuk semua jenis masalah kulit.

Bagi anda yang mempunyai jenis kulit yang kering,  Niacinamide membantu dalam meningkatkan pengeluaran ceramides sekaligus menjadikan kulit lebih kekal lembap.

Niacinamide berfungsi dalam membuka saiz pori dan tekstur kulit, jadi apabila anda menggabungkan Niacinamide dan Ceramides, kedua-duanya saling melengkapi dan akan memberikan anda kulit yang lembut, bercahaya dan sekata


Membantu menjadikan tona kulit lebih sekata

Bukan itu sahaja, Niacinamide menghalang pemindahan pigmen ke sel yang boleh menyebabkan hiperpigmentasi.

Data menunjukkan niacinamide adalah sebatian pencerah kulit yang berkesan yang berfungsi dengan menghalang pemindahan melanosom dari melanosit ke keratinosit.

Bertindak sebagai agen antioksidan dan anti-radang

Menurut ahli dermatologi di Oregon, Niacinamide mampu meneutralkan dan menenangkan tindak balas keradangan kulit terhadap perkara-perkara seperti sinaran UV dan pergantian sel.

Malah, ia juga adalah antioksidan yang lebih lembut dan stabil daripada vitamin C. Oleh sebab itu, produk dengan niacinamide sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kulit sensitif.

Bersama dengan sifatnya yang anti-radang, ia juga terbukti dapat mengurangkan pengeluaran minyak dan menormalkan lapisan pori-pori, mencegahnya tersumbat dan membesar.

Bagi anda yang sedia menggunakan Niacinamide, apakah jenama kegemaran anda yang mengandungi bahan ini?