Carian
Hadkan Masa Di Hadapan Skrin – Fokus Pada Aktiviti Fizikal
August 20, 2021 Lina Rosli

Lima daripada tujuh hari seminggu sudah tentu akan mengambil masa anda perhatian anda untuk kekal berada di hadapan skrin. Tidak kira sama ada perkara yang melibatkan kerja ataupun penggunaan peribadi, anda akan menghabiskan sekitar 12 jam sehari dengan bergantian dari satu skrin ke skrin yang lain.

Tidak dinafikan berada dihadapan skrin terlalu lama bukanlah sesuatu yang buruk. Hal ini kerana, melaluinya anda mungkin melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti meneliti penyelesaian masalah, belajar kemahiran atau bahasa baru, membaca buku yang bagus, melayari surat khabar yang berkualiti, memainkan muzik dan video dan juga berkomunikasi dengan rakan, keluarga dan orang tersayang.


Namun, penggunaan yang berlebihan bukanlah satu idea yang baik kerana anda mungkin cenderung terdedah kepada pelbagai informasi yang mungkin akan mendatang keburukan kepada anda.

Oleh itu, apa yang perlu anda lakukan adalah, tetapkan satu masa yang mana anda akan berada jauh daripada internet dan menumpukan perhatian kepada aktiviti yang melibatakan fizikal seperti memasak, belajar menjahit, melukis, membaca novel dan banyak lagi.

Bagaimana Hendak Menyediakan Satu Tempoh Waktu Yang Bebas Alat Digital?

Walaupun tidak realistik, dalam keadaan sekarang, ia adalah sangat penting untuk kita mencari masa yang jauh dari skrin. Berikut adalah beberapa cara yang baik untuk melakukannya.

Jadikan waktu makan dan hujung minggu anda bebas peranti

Ini bukan sekadar kaedah yang tepat untuk mengalihkan pandangan anda dan menumpukan perhatian pada keseronokan makan. Malah, ia juga merupakan kaedah terbaik untuk berhubung kembali dengan keluarga terdekat.

Pada waktu itu, anda mungkin boleh mencari satu topik yang boleh dibincangkan dan dibualkan bersama seluruh alih keluarga. Melaluinya, anda boleh mengetahui dan mengenali apakah kesukaran atau kegembiraan yang mungkin sedang dialami oleh salah satu ahli dalam keluarga.


Matikan peranti anda sekurang-kurangnya sejam sebelum tidur

Seperti yang ramai sedia maklum, lampu biru yang dipancarkan oleh telefon, tablet, komputer riba dan TV boleh meningkatkan pengeluaran melatonin yang mana ia boleh mengganggu kitaran hormon yang membantu mengatur kitaran tidur dan bangun anda.

Oleh itu, anda disarankan untuk mematikan semua alat elektronik menjelang pukul 10 malam. Seterusnya, kurangkan cahaya lampu di dalam bilik tidur. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merangsang kualiti dengan memasang muzik menenangkan selain melakukan beberapa yoga restoratif atau latihan minda yang santai.

Cari hobi atau aktiviti santai sebagai pengganti media sosial

Menurut penyelidikan UCL, penggunaan media sosial yang kerap menjejaskan kesihatan mental atau kesejahteraan remaja dengan meningkatkan pendedahan mereka terhadap buli dan mengurangkan tidur dan latihan fizikal.

Antara aktiviti menarik yang boleh anda cuba untuk melarikan fokus anda pada skrin adalah:

  1. Main permainan papan ataupun kad.
  2. Mencuba resipi manisan baharu ataupun mula bercucuk tanam di balkoni rumah.
  3. Anda juga boleh mencari dan membeli kit-kit menjahit, kit membuat lilin ataupun lukisan yang di kedai atas-talian.
  4. Belajar kemahiran baru sama ada seni kopi ataupun seni visual yang lain.

Terdapat pelbagai lagi cara atau kaedah yang boleh anda lakukan sama ada secara sendiri ataupun bersama yang lain. 


Mengapa pentingnya hadkan masa di hadapan skrin?

Penggunaan skrin berlebihan bukan sahaja mengakibatkan masalah mental, namun ia juga menyebabkan anda tidak bergerak aktif dan statik di hadapan skrin.

Hasilnya, ia akan membawa kepada peningkatan masalah kegemukan dan juga masalah kesihatan yang serius termasuk penyakit kronik seperti diabetes jenis 2 dan penyakit kardiovaskular.

Sebaliknya, senaman dan aktiviti fizikal lain mempunyai kesan yang positif yang mana bukan sahaja kesihatan tubuh secara keseluruhan tetapi emosi, perasaan dan juga kesejahteraan diri.

Komen