Tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, setiap individu haruslah mempunyai sekurang-kurangnya set ringkas penjagaan kulit yang merangkumi pencuci muka, penyegar dan juga pelembap.
Hal ini kerana, kulit adalah organ terbesar dan juga merupakan salah satu kawasan pada tubuh yang sensitif. Tanbahan, dengan adanya set ini juga, ia membantu mengurangkan dan membersihkan lebihan sebum dan kulit mati pada muka yang mana jika dibiarkan akan menyebabkan beberapa komplikasi lain yang lebih teruk.
Berikut adalah beberapa cadangan produk yang sesuai digunakan oleh kaum lelaki dalam memulakan rutin penjagaan kulit yang baharu.
Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer
Ia adalah produk keluaran OLE HENRIKSEN. Pelembap ini sesuai digunakan oleh anda yang mengalami kulit sensitif dan berminyak.

Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer dilengkapi dengan bahan seperti BHA dan LHA untuk membantu melonggarkan dan mengangkat sel kulit mati yang dapat menyumbat liang. Selain itu, ia juga dilihat membantu melicinkan tekstur kulit yang tidak rata dan mensasarkan penampilan garis-garis halus, kedutan dan bintik-bintik gelap.
Bagi yang berminat, produk ini boleh dibeli di Sephora pada harga RM201 sebotol.
My Daily Dose of Armour Serum
Selain pelembap, anda juga boleh mendapatkan serum daripada jenama Skin Inc. Tujuan penggunaan serum adalah untuk memberikan kulit berminyak kesegaran dan keseimbangan dalam menyempurnakan kawalan minyak pada kulit.
Produk serum My Daily Dose of Armour ini diperbuat daripada gabungan Vitamin B3, Ceramide dan Licorice yang membantu membersihkan pori-pori yang tersumbat, mengawal sebum berlebihan, menguatkan fungsi penghalang semula jadi kulit, menenangkan keradangan dan mengurangkan kerengsaan.

Ia juga bertindak baik sebagai alternatif selepas mencukur yang mana akan melegakan keradangan dan ketidakselesaan pada kulit sekaligus memberikan kulit yang lebih hidrat dan menghalangnya dari menjadi kering dan kasar.
Bagi yang berminat, Skin Inc My Daily Dose of Armour dijual pada harga RM280 sebotol.
Fenty Skin’s Buff Ryder Exfoliating Body Scrub
Seterusnya, anda juga perlu memastikan kulit pada tubuh juga sentiasa dijaga dengan baik. Oleh itu, Tajria mencadangkan anda u tuk mendapatkan Fenty Skin’s Buff Ryder Exfoliating Body Scrub.

Ia adalah skrub badan yang membantu menanggalkan residu pada kulit badan agar ia tidak bersisik sekaligus menjadi lebih licin. Produk Buff Ryder Exfoliating Body Scrub dari Fenty Beauty ini dilengkapi dengan ceri, minyak kelapa, dan enzim delima, betik, dan nanas. Penggunaannya akan menghasilkan aroma yang segar san kulit yang lebih baik untuk badan.
Bagi yang berminat, Buff Ryder Exfoliating Body Scrub ditawarkan pada harga RM142 sebotol.
Banana Bright Eye Cream
Selain serum, pelembap dan juga skrub, anda juga boleh emndapatkan krim mata OLE HENRIKSEN Banana Bright Eye Cream yang berharga RM175.
Ia bertindak baik dalam mengurangkan kedutan dan juga garis halus bawah mata. Diformulasikan dengan kandungan vitamin C yang tinggi, Banana Bright Eye Cream membantu meningkatkan kolagen dan memberikan keanjalan pada kulit yang sangat sesuai untuk para lelaki.

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh anda pertimbangkan sewaktu mendapatkan produk penjagaan kulit yang baharu. Melaluinya, ia bukan sahaja membantu anda mendapatkan kulit yang lebih sihat, malah dengan produk ini juga, ia dapat memberikan pengalaman penjagaan kulit yang lebih baik.