Sejak September 2019, UNIQLO telahpun menukar penggunaan beg plastik kepada beg membeli-belah yang mesra alam iaitu beg kertas FSC.

Beg kertas ini sebenarnya diperbuat daripada kertas kitar semula yang telah mendapat sijil daripada FSC iaitu Forest Stewardship Council. Melaluinya, beg tersebut telah disahkan memelihara kepelbagaian biologi dan memberi manfaat kepada kehidupan penduduk dan pekerja tempatan, sambil memastikannya mengekalkan daya maju ekonomi.


Setelah menggunakannya selama 2 tahun iaitu (September 2019 – September 2021), UNIQLO kini menyatakan akan mula mengenakan caj tambahan RM0.30 untuk setiap pembelian bagi individu yang ingin mendapatkan beg ini bagi meletakkan baju atau produk yang dibeli.

Penguatkuasaan caj ini akan dilakukan bermula 1 September 2021 yang mana akan dikenakan bagi setiap satu beg yang digunakan, tidak kira saiz sama ada kecil, medium dan juga besar.


Langkah ini adalah bagi menggalakkan penggunaan beg sendiri sewaktu membeli-belah. Berkenaan caj ini lagi, ia dikatakan sebahagian daripada komitmen UNIQLO untuk mengurangkan penggunaan beg kertas sekaligus menjadi perniagaan mereka lebih lestari selari dengan misi mereka untuk mengurangkan pelepasan GRK sebanyak 30% menjelang 2030.

Bersama-sama dengan pengenalan caj ini juga, UNIQLO turut menawarkan kepada pelanggan Eco Bag yang boleh dibeli terus di semua rangkaian kedai UNIQLO di seluruh Malaysia pada harga RM7.90 sehelai.