Carian
Balak’s – Jenama Perabot Premium Yang Mengutamakan Fungsi Ergonomik
August 24, 2021 Lina Rosli

Tahukah anda masa yang kita habiskan di hadapan gajet adalah hampir 10 hingga 14 jam? Ia merangkumi penggunaan peranti mudah alih tidak kira di ruang tamu dan bilik serta penggunaan komputer sewaktu hari siang ketika bekerja.

Jadinya, adalah amat penting untuk anda menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat untuk anda melakukan aktiviti sepanjang waktu bekerja. Bercakap mengenai keselesaan dan keselamatan juga, salah satu langkah yang boleh diambil adalah dengan menyediakan persekitaran ergonomik.


Di Malaysia, terdapat sebuah pengeluar perabot premium yang berasal dari Pulau Pinang telahpun mulakan langkah mereka bagi memastikan inidvidu di tempatan mempunyai ruang yang selesa sewaktu duduk dan juga bekerja.

Balak’s merupakan sebuah jenama perabot asal yang diasaskan oleh Lucas Eng yang menawarkan pelbagai jenis perabot premium yang memfokuskan kepada fungsi ergonomik.


Idea penawaran ini bermula apabila Lucas Eng secara peribadi mengalami masalah ini dan melihatnya pada orang tuanya juga. Masalah yang dialaminya kini menjadi salah satu penggerak untuk merangka semula strategi perniagaannya dan melancarkan Balak’s.

Menurut Lucas Eng, sama ada bersandar di tempat tidur atau sofa atau bersantai di meja makan, tabiat ini boleh memberi tekanan pada badan kita yang menyebabkan sakit belakang dan leher yang tidak normal. Jikalau tabiat ini berlarutan, ia dilihat boleh merosakkan kecekapan dan produktiviti sewaktu bekerja.

Menyedari akan masalah ini banyak berlaku dalam kalangan individu tempatan, kehadiran Balak’s dijangka akan menjadi salah satu penyelesaian praktikal dalam membantu mengurangkan risiko sindrom carpel tunnel, sakit belakang, tendonitis dan selsema yang kronik.


Apa yang ditawarkan oleh Balak’s termasuklah reka bentuk perabot yang memberi anda kemampuan untuk menyesuaikan dan mengubah pengaturan postur dengan cepat selain turut  meningkatkan keselesaan sewaktu bekerja. 

Bersempena dengan Hari Merdeka 2021, Balak’s melancarkan kempen berjangka Merdeka dari 30 Ogos hingga 16 September yang menawarkan potongan khas untuk produk terbaru mereka sambil menyalurkan 10% keuntungan kepada THB – sebuah organisasi bukan untung (NPO) yang diasaskan oleh pelawak tempatan dan pelakon iaitu Harith Iskander.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Balak’s atau ingin membeli salah satu perabot berkualiti tinggi Balak, anda boleh layari laman rasmi Balak’s bermula hari ini. Sekiranya ingin mengetahui usaha dan inisiatif THB, anda boleh kunjungi ke laman Facebook The Hope Branch.

Komen