Bersempena Hari Kemerderkaan Malaysia yang bakal tiba tidak lama lagi, myBurgerLab nampaknya membawakan kepada anda menu burger terbaru yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia itu Pak Nasser’s Nasi Lemak Burger.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini restoran burger ini telahpun hadir dengan menu Nasi Lemak Burger yang tersendiri pada tahun 2019. Namun, ia hanya ditawarkan secara eksklusif melalui pembelian di GrabFood.

Nampaknya pada tahun 2021, myBurgerLab dengan kolaborasi Santan kini kembali semula dengan menu burger yang digemari ramai. Penawaran menu ini menampilkan rasa cukup sempurna iaitu pedas, manis dan berempah.


Pak Nasser’s Nasi Lemak Burger dikatakan menampilkan gabungan sempurna resipi Nasi Lemak Burger dari myBurgerLab dan juga Sambal Tumis serta Sos Rendang Pak Nasser yang terkenal. 

Bagi yang berminat, Pak Nasser’s Nasi Lemak Burger ini ditawarkan dalam tempoh masa yang terhad bermula 23 Ogos sehingga 30 September 2021. Manakala untuk harga jualan pula, ia boleh didapati pada harga RM18.80.

Untuk mendapatkannya, anda perlu membuat pra-tempah di laman rasmi myBurgerLab.