Sehingga ke hari ini, pasti ramai dalam kalangan pengguna ketuhar yang tidak mengambil berat akan susunan makanan ketika hendak dibakar di dalam ketuhar.
Tahukah anda bahawa, susunan atau kedudukan mangkuk dan juga loyang didalam ketuhar adalah penting bagi mendapatkan hasil yang memuaskan?
Contohnya, membakar kek, biskut kuih perlu berada dekat dengan rod pemanas sementara roti, daging dan lain-lain pula perlu diletakkan sedikit lebih jauh dari rod.

Mengapa Kedudukan Dan Susunan Dalam Ketuhar Adalah Penting?
Untuk setiap hidangan yang berbeza, ia memerlukan pengedaran haba yang berbeza.
Apabila elemen pemanasan dihidupkan, haba yang kuat akan dihasilkan. Sekiranya suhu panas meningkat, udara yang sangat panas akan naik ke bahagian atas ketuhar yang mana bahagian tersebut adalah lebih sejuk berbanding kawasan bawah ketuhar.
Apabila ketuhar mendapati haba di dalamnya semakin menyejuk, ia memanaskan semula rod itu lagi. Situasi ini akan berulang sehingga tempoh memasak tamat.

Ketahui Susunan Makanan Di Dalam Ketuhar
Berikut adalah tiga kedudukan rak yang biasa anda lihat ketika menggunakan ketuhar untuk panggang dan bakar.
Makanan Yang Perlu Dimasak Pada Rak Paling Atas
Kedudukan ini sangat sesuai untuk menggunakan broiler kerana elemen pemanasan ini terletak di bahagian atas ketuhar.
Selain itu, makanan yang perlu diletakkan dan dimasak di rak atas termasuklah:
- Makanan panggang yang anda mahu cepat garing seperti roti bawang putih dan kentang panggang
- Makanan yang biasanya diletakkan keju di atasnya untuk cepat cair

Makanan Yang Perlu Dimasak Pada Rak Tengah
Kedudukan ini sangat sesuai untuk kebanyakan makanan.
Ia kerana jika anda meletakkan makanan di tengah ketuhar, ia membolehkan udara panas beredar merata di sekitar makanan sehingga ia masak sekata.
Antara contoh makanan yang sesuai diletakkan di bahagian tengah termasuklah:
- Biskut dan juga kuih raya
- Salmon atau ikan panggang
- Kek dan brownies

Kebanyakan makanan biasanya memerlukan ada memasaknya di bahagian tengah kerana ia mempunyai peredaran suhu yang lebih menyeluruh yang membantu memasak makanan dengan lebih baik.
Makanan Yang Perlu Dimasak Pada Rak Paling Bawah
Kedudukan ini memberikan jarak yang dekat dengan sumber haba yang mengekalkan panas semasa anda memasak.
Oleh itu, bahagian rak bawah adalah paling sempurna untuk masakan dan hidangan seperti:
- Piza atau roti
- Daging atau ayam
- Sayuran-sayuran seperti lobak
Untuk lebih mudah lagi, sekiranya anda ingin hasil makanan yang mempunyai warna coklat keperangan pada bahagian atas, anda meletakkannya di rak atas. Ataupun, ada juga keadaan yang anda masaknya di bahagian tengah dan pindahkannya ke atas untuk hasil visual yang lebih menarik.