Jenama penjagaan kulit Korea La’ Piel Labs mengumumkan kemasukannya ke pasaran kecantikan Malaysia melalui pelancaran AQUA DE Seri LUCIR.
Bagi yang tidak begitu mengetahui akan latar belakang La’ Piel Labs, jenama kecantikan ini menampilkan produk tanpa kekejaman dan lestari selain menghasilkan barisan produk yang menggunakan lebih daripada 90% bahan EWG All Green yang dihasilkan secara semula jadi.
Mengulas lanjut mengenai penawaran produk lagi, La’ Piel Labs kali ini dilihat hadir dengan siri produk penjagaan kulit baharu iaitu AQUA DE LUCIR. Siri ini hadir dengan pendekatan asas untuk mengatasi masalah kulit iaitu memberikan kelembapan yang mencukupi untuk kulit.
Siri AQUA DE LUCIR dilengkapi dengan bahan berasaskan bunga air yang dikenali sebagai Blue Green Algae. Ia kebiasaannya terdapat di tasik tulen dan dilihat hadir dengan kemampuan regenerasi secara sendiri selama ribuan tahun.
Bagi yang berminat, siri AQUA DE LUCIR terdiri daripada 5 produk yang memfokuskan pada penghidratan dan juga anti-penuaan. Setiap produk berfungsi untuk memperbaiki kulit yang rosak, melindungi dari cahaya biru dan menguatkan penghalang kulit untuk mengekalkan kelembapan dan pengurangan kedutan.
Berikut adalah beberapa produk yang ditawarkan oleh La’ Piel Labs menerusi siri AQUA DE LUCIR:
Hydro Expert Gel – RM189
Krim berasaskan gel yang bertindak baik sebagai pelembap harian dan juga sesuai digunakan sebagai topeng tidur malam.
Ia menawarkan bahan seperti Ekstrak Alga Biru-Hijau (Blue Green Algae) yang berkebolehan dalam memperbaiki kerosakan kulit. Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan ekstrak Biji Lobak yang berfungsi dalam mengunci kelembapan di bawah kulit dan membantu perawatan kulit supaya lebih lembap dan berkilau.
Hydro Enrich Cream – RM199
Krim ini berfungsi dalam yang mengekalkan keseimbangan minyak-ke-kelembapan kulit selain dapat mengurangkan dehidrasi sub-kulit dan menguatkan metabolisma penghalang kulit.
Hydro Softner Water Toner/ Hydro Softner Spray Toner – RM149
Ia dihadiri dengan 83% air bunga lavender dan juga bahan berkualiti seperti Ekstrak Alga Biru-Hijau, Sodium Hyaluronate, danbanyak lagi yang akan memberikan kulit lebih banyak nutrien dan bantuan dalam penguatan dan penghidratan penghalang kulit.
Signature Ampoule – RM209
Ia merupakan produk utama La’ Piel Labs. Signature Ampoule mengandungi ramuan penghidratan dan anti-penuaan yang tinggi untuk membolehkan kulit mencari kitaran perolehan yang sihat melalui rutin 28 hari serta mengisi kulit kering dan kasar dengan kelembapan.\
Bahan utama yang digunakan adalah Adenosine yang membantu mengurangkan pembentukan garis halus dan juga Ekstrak Alga Biru-Hijau yang dikatakan berupaya melawan kerosakan kulit yang disebabkan oleh oksigen aktif.
Bagi yang berminat, kesemua produk kini boleh dijual melalui platform atas-talian Lazada Malaysia dan Shopee Malaysia.