Selain muka dan anggota tubuh utama yang lain, kuku juga harus diberikan perhatian yang sebaiknya untuk pertumbuhan yang sihat.
Ia disebabkan penggunaan kuku pada tangan dan kaki sama penting seperti jari, bahkan ia mempunyai tugas khusus yang lain iaitu melindungi jari daripada tercedera.

Tidak kira sama ada anda menulis, memasak, menaip, membuat kerja rumah, fungsi kuku adalah untuk memastikan segala aktiviti ini dapat dilakukan dengan lancar. Antara kepentingan kuku termasuklah hujung jari tangan dan jari kaki, melindunginya dari kecederaan serta membantu kita mengambil benda kecil yang mungkin sukar untuk dicapai oleh hujung jari.
Oleh itu, amat penting untuk anda menjaga kesihatan kuku supaya ia lebih tahan lama dan kekal kuat.
Kenali Bahagian Kuku Jari Tangan Dan Kaki
Kuku tangan dan kaki secara umumnya mempunyai kegunaan dan juga bahagian kuku yang sama.
Kedua-duanya terdiri daripada piring kuku yang merupakan bahagian atas yang menutupi jari. Selepas itu anda akan melihat bentuk separuh bulan di bahagian bawah setiap kuku yang dikenali sebagai matriks distal. Bahagian ini sebahagiannya berada dibawah kulit dan ditutupi oleh kutikula.
Pertumbuhan kuku bermula dari akar yang tersembunyi di bawah kutikula. Apabila sel di akar kuku tumbuh, sel kuku baru akan mengeluarkan sel kuku yang lama, seperti yang anda lihat pada jari anda apabila ia mula panjang.
Sel-sel lama ini akan keluar dalam bentuk rata dan mengeras. Mengapa ia keras? Ia adalah disebabkan keratin iaitu protein yang dihasilkan oleh sel-sel epitelium. Kuku baru yang terbentuk akan duduk di bawah piring kuku dan membentuk permukaan rata di bawah kuku anda.
Mengapa Kuku Kaki Tumbuh Lebih Perlahan Dari Kuku Tangan?
Untuk pengetahuan anda, kuku kaki tumbuh pada kadar purata 1.62 mm sebulan. Sementara kuku tangan pula tumbuh pada kadar 2 kali ganda kuku kaki iaitu sekitar 3.7mm.
Dan jika anda kehilangan kuku kaki, ia akan mengambil masa sehingga satu setengah tahun untuk kembali tumbuh sepenuhnya.
Menurut kajian, antara faktor yang menyebabkan kuku kaki tumbuh lebih perlahan adalah disebabkan oleh trauma terminal. Ia pada dasarnya bermaksud bahawa semakin banyak anda menggunakan kuku anda, ia akan menjadi semakin cepat untuk tumbuh.

Bercakap mengenai penggunaan, sudah tentu kuku tangan lebih banyak dan kerap digunakan sama untuk menggaru, menaip dan juga mengeluarkan tahi hidung. Jadinya, ia memerlukan pertumbuhan yang lebih cepat.
Sementara itu, kuku kaki anda selamat dan kukuh dalam keselesaan kasut anda. Maka pertumbuhannya akan lebih perlahan kerana mungkin tidak banyak yang sel yang telah rosak.
Namun ada juga teori yang mengatakan bahawa kuku kaki lebih lambat untuk tumbuh disebabkan oleh jumlah darah yang mengalir melalui jari adalah lebih sedikit. Ahli teori ini mengatakan yang mana kuku pada umumnya tumbuh lebih lambat pada cuaca dingin disebabkan oleh aliran darah yang terhad.
Sumber: Science ABC Care Cube