Carian
Kesan Pemilihan Warna Ke Atas Suasana Rumah
August 25, 2021 Lina Rosli

Pemilihan warna cat untuk dinding rumah sememangnya satu proses yang agak rumit. Di tambah lagi, jika anda mempunyai ruang yang terhad dan barang yang banyak, pastinya agak sukar untuk mendapatkan warna yang bersesuaian.

Bukan itu sahaja, pemilihan warna yang sesuai juga sebenarnya berkait-rapat dengan emosi dan suasana yang ingin ditampilkan pada segenap ruang rumah anda.

Sekiranya anda mungkin akan menghabiskan masa yang lama di ruang tersebut, pastinya anda menginginkan warna yang memberikan suasana hati yang positif. Namun, untuk bilik permainan anak-anak anda, sudah tentu anda akan memilih warna yang lebih terang untuk mendapatkan suasana yang lebih ceria dan bersemangat.

Berikut adalah empat cara untuk memanfaatkan warna untuk memupuk suasana hati tertentu.

Warna Untuk Suasana Ceria dan Bersemangat

Anda boleh memanfaatkan warna-warna cerah dan hangat untuk ruang seperti bilik permainan dan dapur.

Warna yang mungkin sesuai adalah tona kuning, jingga dan merah untuk warna dinding, aksesori dan perabot.

Walau bagaimanapun, elakkan daripada menggunakan warna intensiti tinggi dan dicampurkan dengan warna terang yang lain. Anda mungkin boleh mencuba warna seperti oren dan hijau untuk saling melengkapi.


Warna Untuk Suasana Menenangkan dan Tenang

Biru dan hijau sering dikaitkan dengan air dan alam semula jadi dan membantu mendorong ketenangan dan kedamaian.

Gunakan warna yang menenangkan ini di bilik tidur, bilik mandi dan ruang lain yang berfungsi sebagai tempat rehat peribadi. Seimbangkan biru atau hijau dengan warna neutral dan hadkan pilihan palet warna untuk kesan yang tenang.


Warna Untuk Suasana Hangat dan Nyaman

Untuk mewujudkan rasa yang nyaman seperti berada dipantai atau taman bunga, anda disarankan untuk menggunakan warna dengan nada neutral seperti coklat, tan atau taupe.

Pertimbangkan untuk menambah sedikit warna penyeri yang tidak begitu terang seperti warna kuning mustard atau hijau muda dapat memberi kesan yang melegakan.


Warna-warna bersahaja ini berfungsi dengan baik di ruang tamu di mana anda sering berkumpul bersama rakan dan keluarga.

Warna Yang Elegan Dan Misteri

Terapkan warna hitam dan coklat gelap untuk membangkitkan rasa misteri dan elegan.

Ini sesuai di bilik tidur di mana sebahagian besar masa anda dihabiskan untuk diri anda yang mana anda pastinya ingin menyelimuti ruangan tersebut dengan perasaan yang nyaman dan mesra.


Anda juga mungkin boleh mencuba warna seperti kelabu asap, lavender ataupun warna biru gelap yang mana akan membawakan kepada anda elemen yang mewah untuk santapan mata.

Terokai dan pilih warna yang paling bersesuaian dengan citarasa anda agar tidak mengganggu aktiviti anda di rumah. Perlu diingat bahawa warna popular akan lebih mudah dicari, terutamanya jika anda mencari aksesori dan kabinet yang anda ingin padankan dengan cat dinding anda.

Komen