Jangan lepaskan peluang sempena Hari Kemerdekaan 2021 yang bakal tiba tidak lama lagi, terdapat beberapa kedai dan juga restoran yang menawarkan promosi dan diskaun menarik.
Untuk tidak ketinggalan, Tajria hari ini ingin mengajak anda untuk menebus dan menikmati promosi yang ditawarkan bermula hari ini.
The Coffee Bean & Tea Leaf
Untuk peminat kopi, ini adalah berita baik untuk anda yang mana The Coffee Bean & Tea Leafs menawarkan promosi istimewa sempena merdeka. Anda boleh mendapatkan 3 minuman pada harga hanya RM31 sahaja.
Menu minuman yang boleh dibeli adalah The original Mocha dan Vanilla Ice Blended. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan set minuman dan pastri pada harga RM16 sahaja.
Tawaran sah sehingga 19 September 2021. Untuk mendapatkannya, anda perlu kunjungi ke kedai TCBTL berdekatan anda.

McDonald’s Malaysia
Sementara McDonald’s pula dilihat hadir dengan tawaran burger McChicken percuma kepada 60,000 pelanggan bertuah.
Bermula 27 Ogos sehingga 31 Ogos, anda boleh mula menebus McChicken sewaktu pembelian pandu lalu dengan hanya mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melanungkan Merdeka! sebanyak 3 kali. Namun, ianya terhad kepada 300 burger sahaja bagi setiap cawangan di seluruh Malaysia.

Ayam Gepuk Pak Gembus
Bagi yang meminati pedas pula, anda kini boleh mencuba menu edisi khas semperna merdeka. Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya sah untuk pembelian di rangkaian Ayam Gepuk Pak Gembus di Ampang Dan juga Melawati Mall sahaja.
Set Merdeka ini membawakan kepada anda nasi, Ayam Bumbu Ori, Wantan, Keropok Lekor, Timun, Kubis dan minuman pada harga RM15.90 sahaja.

Chatime Malaysia
Untuk penggemar minuman manis dan klasik pula, nampak Chatime menampilkan pilihan menu baharu yang perlu anda cuba pada bulan kemerdekaan ini.
Terdapat tiga tawaran minuman yang ditampilkan iaitu Lai Chee Kang Tea, Cendol Milk Tea dan ABC Milk Tea. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba minuman yang menarik ini di kedai Chatime berdekatan anda.

MyKori Dessert Cafe
Tidak ketinggalan MyKori menawarkan promosi RM1 untuk pembelian Kakigori yang kedua sehingga 31 Ogos 2021.
Anda hanya pelru beli satu item pada harga normal dan dapatkan aiskrim yang kedua pada harga yang lebih murah. Antara tawaran kakigori yang diberikan adalah Mini Kakigori, Kenko Kagkigori dan Signature Frappe.

Baskin-Robbins Malaysia
Pra-tempah aiskrim Baskin-Robbins selewat-lewatnya 25 Ogos dan dapatkan diskaun sehingga 31% untuk pembelian anda.
Anda boleh menikmati aiskrim anda sama ada dalam saiz Pints, Quarts dan Half Gallons untuk santapan pada Hari Merdeka kelak.

Kenny Roger Roaster
Seterusnya, nikmati diskaun 30% untuk pembelisn Kenny’s Half Meal, Kenny’s Ayam Goreng Meal dan Single Combo sehingga 31 Ogos 2021.
Anda boleh hidangkan menu ini bersama keluarga tanpa perlu keluar ke kedai kerana promosi ini tertakluk kepada pembeli Kenny Roger Roaster di aplikasi GrabFood.

KFry Urban Korean
Jangan lupa untuk masukkan dan tebus diskaun 10% menggunakan kupon MERDEKA10 untuk pembelian minima sebanyak RM80.
Dengan ini anda boleh menikmati lebih kegirangan sewaktu makan bersama keluarga dan juga meraikan kemerdekaan tahun ini dengan lebih bermakna.

Marrybrown Malaysia
Bersempena Hari Kemerdekaan yang ke-64, anda berpeluang menikmati hidangan Nasi lemak MB pada harga hanya RM6.40 sahaja. Tawaran ini terhada pada tarikh 31 Ogos sahaja.

Old Town White Coffee
Akhir sekali, anda juga boleh mendapatkan hidangan kegemaran Malaysia iaitu Nasi Lemak pada harga RM15 untuk dua hidangan. Malah, anda juga boleh mendapatkan hidangan tambahan lain pada harga bermula RM4.50 sahaja.
Tawaran berbaloi ini sah sehingga 30 September 2021 di semua rangkaian Old Town White Coffee berdekatan anda.

Berikut adalah beberapa tawaran dan diskaun menarik yang boleh anda tebus dan nikmati sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-64.
Jika anda mengetahui tawaran menarik yang lain, jangan lupa untuk kongsikan kepada Tajria supaya lebih ramai individu boleh mendapatkannya selepas ini. Selamat mencuba!