Setelah beberapa hari kebenaran untuk makan dikedai diberikan kepada individu yang telah lengkap 2 dos, nampaknya Popmeals turut tidak mahu ketinggalan dalam mengajak pelanggan mereka untuk mula menikmati hidangan terus di kedai.
Dengan penerapan SOP yang ketat, anda kini boleh berkunjung ke beberapa cawangan Popmeals terpilih bermula hari ini.

Bagi yang ingin berkunjung ke Popmeals hari ini, anda boleh memesan beberapa hidangan menarik yang mereka tawarkan termasuk:
- Mee Kari Power berharga RM9.99
- Kombo Nasional berharga RM13.99
Namun, jika anda masih tidak mendapat vaksin yang lengkap lagi, anda mungkin boleh membuat pesanan secara atas-talian menerusi aplikasi Popmeals dan nikmatinya di rumah bersama keluarga tersayang.