Carian
Wangian Untuk Lelaki – Calvin Klein Defy Menampilkan Aroma Segar Dan Sitrus
August 26, 2021 Lina Rosli

Calvin Klein Fragrances memperkenalkan koleksi baru dalam portfolio wangiannya mereka iaitu Calvin Klein Defy.

Bagi anda yang sedang mencari pilihan wangian yang baru, mungkin anda boleh menambah Calvin Klein Defy di dalam senarai pembelian.

Ia menampilkan bau yang berani dan juga menyegarkan. Wangian ini menampilkan kandungan kayu yang kuat serta dipadankan sekali dengan campuran sitrus dan Lavender Absolute. Gabungan ini nampaknya memberikan satu aroma baru yang unik.


Disebabkan minyak wangi biasanya akan memberikan gambaran tentang personaliti dan minat anda, maka sudah tentu anda tidak ingin ketinggalan dalam mendapatkan wangian yang sesuai untuk anda.

Untuk pengetahuan anda juga, Calvin Klein Defy sesuai untuk anda yang menginginkan imej yang segar dan maskulin. Ia dilengkapi dengan aroma yang selesa untuk dipakai pada tempoh yang lama tanpa perlu risau akan bau badan dan peluh.

Dari segi pembungkusan, ia ditampilkan dalam botol kaca moden dan minimalis. Botol kaca Calvin Klein Defy diukir dengan tepi yang berbentuk membulat, melengkung serta diperkemaskan dengan garis lurus yang tajam.

Bagi yang berminat, Calvin Klein Defy boleh didapati mulai 1 September 2021 pada harga:

  • Defy EDT 50ml – RM316 
  • Defy EDT 100ml – RM411
Komen